Tuesday, 28 April 2015

nota celah masa (i)

assalamualaikum.

 3 tahun. 3 tahun kosong dan tidak terungkap kata-kata. rasanya semua sekadar tersimpan jauh dalam kesibukan diri sampai diri sendiri tidak sedar bahawa aku hidup. betul, 3 tahun lebih kurang - tambah tolak dalam ingatan aku dah tidak menulis, berkongsi - seolah menunggu masa untuk mereput mati.

benar kata orang, kalau nak terus hidup dalam dunia maya - kena famous, batak like - kontroversi sana sini, cari trafik blog, iklan blog sampai orang menyampah. tapi bagi aku entah semua itu senang cakap tak kena dengan jiwa.

dan tiba - tiba aku buka balik sawang usang ni, dah mengetip keyboard aku ini, tengok apa akan jadi.

aku jujurnya bosan. bosan dengan realiti hidup. bukan bermaksud putus asa dengan hidup atau nak bunuh diri; tapi kalau kau dah berjaya detach diri kau dengan materialis view, kau akan pandang dunia daripada sudut yang sangat berbeza - atau mungkin dimensi lain.

pandangan yang bagi orang tak faham akan rasa pelik ( ada ke orang faham on the first place - sbb setiap kali aku buka mulut pasal benda ni semua macam tengok alien) , tapi kalau aku boleh bagi buat kau orang semua faham, walaupun sikit syukurlah.

detachment maksud aku kau dalam satu state yang kau tak perlukan benda material sangat pun untuk hidup - cukup sekadar apa yang kau ambil sekadar kelansungan hidup kau, dan semua benda-benda material ini, kalau ada rezeki kau untuk kau dapat semua benda - takkan dapat hilangkan kebosanan kau tu. takkan.

dunia dan realiti yang kau dimomok sehari-hari itu sekadar kosong - dan kekosongan itu kau takkan dapat isi dengan benda.

ada orang cakap pergi cari tuhan.

terus melangkah. (dr)iqbal
kangar, perlis.