Tuesday 26 October 2010

Ucapan Presiden IMAM Ireland SC 2009/2010

Ucapan Presiden IMAM Ireland SC 2009/2010
Semasa AGM IMAM Ireland SC 2010, 22 Oktober 2010






Assalamualaikum  wbt.

Pembukaan

Dengan nama Allah, yang maha Pemurah lagi Maha penyayang. Kita memohon kemaafkan dan keampunan atas segala kelemahan dan khilaf kita. Kita memohon pelindungan dan pertunjuk daripada-Nya dalam menjejaki hari hari kita.

Terima kasih Sophia, pengerusi majlis yang dijemput khas. Yang dihormati Saudara Afham Zafrullah Afham, Presiden PPIMI Bagi Sesi 2010/2011, Saudara Ahmad Khalil Ibrahim, Gabenor MSM;  ahli-ahli mahlis tertinggi imam ireland sc, serta ahli-ahli keluarga imam Ireland yang dikasihi.

Sebelum berceloteh panjang, mari sejenak kita berhenti, duduk dan bersyukur. Alhamdulillah. Dengan segala iziNya, kita mempunyai badan yang sihat, mempunya luang dan lapang; kita dapat bersama-sama berkumpul hari ini untuk satu majlis istimewa bagi kita. Mesyuarat Agung Tahunan IMAM Ireland bagi sesi 2010. Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang hadir

Monday 25 October 2010

Nota Hari-Hari Terakhir di Dublin(i)

Assalamualaikum wrt.

Hari-hari terakhir.



InsyaAllah, moga ini hari-hari terakhir.Ramai yang bertanya tentang ini, apabila saya memulakan album tersebut. .Sejak satu bulan yang lalu, saya mengusahakan satu album gambar atau boleh dikatakan sebagai photoblog yang merakamkan detik dan cerita sepanjang saja menjalankan hari-hari terakhir sebelum pulang ke Penang, melanjutkan pelajaran di Penang Medical College tidak lama lagi.

Nota Pertama Setelah Satu Bulan Di Ireland

Assalamualaikum.

Nota Pertama?

Alhamdulillah, selepas genap satu bulan saya di bumi Ireland ini, dapat saya menulis kembali. Sebulan berlalu dengan banyak peristiwa dan cerita, tetapi ruang dan luang untuk mencoret dan berkongsi jarang ada berbanding tugas dan tanggungjawab terpikul. Alhamdulillah, setelah selesai melepaskan amanah insyaAllah, saya mempunyai ruang lebih sedikit barangkali untuk menulis dan berkongsi. Siapa tahu.

Saya tidak boleh janji untuk menulis banyak dan kerap; tetapi insyaAllah selepas ini penulisan akan menjadi salah satu fokus saya.


InsyaAllah, moga bermanfaat,
Muhammad Iqbal A Ghani

Bookmark and Share