Monday, 25 October 2010

Nota Hari-Hari Terakhir di Dublin(i)

Assalamualaikum wrt.

Hari-hari terakhir.



InsyaAllah, moga ini hari-hari terakhir.Ramai yang bertanya tentang ini, apabila saya memulakan album tersebut. .Sejak satu bulan yang lalu, saya mengusahakan satu album gambar atau boleh dikatakan sebagai photoblog yang merakamkan detik dan cerita sepanjang saja menjalankan hari-hari terakhir sebelum pulang ke Penang, melanjutkan pelajaran di Penang Medical College tidak lama lagi.



Pada asalnya, saya tidak bermaksud atau terlintas untuk mengadakan projek yang ringkas dan insyaAllah bermakna ini. Awalnya, saya hanya sekadar ingin membuat satu album untuk berkongsi gambar yang ditangkap daripada telefon bimbit saya. Tetapi, selepas beberapa gambar diambil dan dimuat naik, baru terilham untuk menjadikan gambar-gambar tersebut mempunyai satu tema:- Kehidupan Hari-Hari di Dublin.

Timeline Perjalanan Akademik Saya
Kenapa hari-hari terakhir? Itu ramai juga bertanya. Sengaja saya pilih tajuk itu supaya lebih dramatik, lebih menggambarkan tema itu. Lebih peribadi, mengingatkan saya untuk berusaha sehabis baik menghargai masa-masa yang tinggal. Untuk saya menyelesaikan apa yang saya perlu sudahkan bila sesuatu telah saya mulakan.

Kenapa memilih tema ini, kerana kita (pelajar yang belajar di Dublin, atau pernah berada di Dublin) berkongsi sesuatu perjalanan hidup yang sama, tetapi semua itu menjadi terlalu terbiasa atau terlalu rutin. Dan apabila semua telah berlalu, baru nak terkenang. InsyaAllah, semua perkara yang kecil dan dilihat remeh kadang-kadang itu bermakna. Sangat. Maka, atas dan dengan kesedaran itu, saya mengambil inisiatif peribadi untuk meneruskan projek kecil ini.

Saya faham semua orang mempunyai cerita sendiri di Dublin. =], pasti apabila kita di universiti berbeza dan tahun berbeza, cerita kita berbeza. Tapi ini, insyaAllah cerita saya, daripada perspektif saya.

Saya berkongsi bukan bertujuan untuk menunjuk, melukakan atau menguris hati sesiapa. Semua gambar itu ditangkap dan dikongsi dengan tujuan untuk merakam suasana dan cerita. Merakam untuk berkongsi dan kenangan peribadi apabila pulang ke Malaysia kelak.

InsyaAllah semoga perkongsian ringkas ini, bermanfaat untuk semua.
Sebenarnya banyak lagi nak tulis pasal ini, tetapi tidak mengapa.


Oh ya, untuk melihat photoblog itu, klik sini



InsyaAllah saya akan tulis lagi tentang ini. Tiba-tiba tiada ilham untuk menyusun kata walaupun banyak dalam kepala.

InsyaAllah, moga bermanfaat,
Muhammad Iqbal A Ghani

Bookmark and Share

No comments:

Post a Comment