Friday 24 December 2010

Nota Untuk Exam.

Assalamualaikum.

Sebenarnya, berlalu hari-hari membilang waktu; banyak sangat yang ingin ditulis dan dikongsi. Cuma buat masa sekarang, perkongsian itu perlu disimpan sementara.



Saya akan menjenguk peperiksaan hujung semester 'Intermediate Cycle 2' 2010.

Berikut adalah jadual peperiksaan tersebut:

Sunday 19 December 2010

Nota Kuasa Sepuluh (Powers of 10)

Assalamualaikum.


Powers of 10.

Ini bukan cerita pasal Power Rangers, atau Masked Rider (Kamen Rider).  Bukan cerita superhero juga. Ini, satu video yang dipesan oleh seorang pensyarah saya, Professor Samuel MacConkey (dan bukan yang McConkey Agar itu ya) supaya melihat sesuatu itu seperti video ini.

Maka, sebelum saya menulis panjang sedikit, sila tonton versi asal. Daripada Youtube.







Power of 10 ini, insyaAllah saya akan berkongsi daripada 2 sisi.

Bagaimana kita melihat

6 Disember (kebetulan dengan catatan lalu, 6 November). Hari itu hari Isnin. Tetapi, itu minggu pertama kami dalam bulan Disember memulakan satu minggu panjang tentang modul 'Tropical Medicine' (Perubatan Tropika). Kelas bermula pada awal 8.00 pagi, dan saya hampir terlewat. Okay, bukan saya sahaja. Bahkan ketika kelas bermula, ramai lagi yang tidak datang. Kembali ke topik asal, tadi sekadar catatan sisi.