Tuesday, 26 October 2010

Ucapan Presiden IMAM Ireland SC 2009/2010

Ucapan Presiden IMAM Ireland SC 2009/2010
Semasa AGM IMAM Ireland SC 2010, 22 Oktober 2010






Assalamualaikum  wbt.

Pembukaan

Dengan nama Allah, yang maha Pemurah lagi Maha penyayang. Kita memohon kemaafkan dan keampunan atas segala kelemahan dan khilaf kita. Kita memohon pelindungan dan pertunjuk daripada-Nya dalam menjejaki hari hari kita.

Terima kasih Sophia, pengerusi majlis yang dijemput khas. Yang dihormati Saudara Afham Zafrullah Afham, Presiden PPIMI Bagi Sesi 2010/2011, Saudara Ahmad Khalil Ibrahim, Gabenor MSM;  ahli-ahli mahlis tertinggi imam ireland sc, serta ahli-ahli keluarga imam Ireland yang dikasihi.

Sebelum berceloteh panjang, mari sejenak kita berhenti, duduk dan bersyukur. Alhamdulillah. Dengan segala iziNya, kita mempunyai badan yang sihat, mempunya luang dan lapang; kita dapat bersama-sama berkumpul hari ini untuk satu majlis istimewa bagi kita. Mesyuarat Agung Tahunan IMAM Ireland bagi sesi 2010. Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang hadir


Duduk sejenak, Muhasabah

Dalam majlis ringkas dan sederhana ini, mari kita ikhlaskan niat kita. InsyaAllah, mesyuarat agung tahunan kali ini adalah sesi bersama-sama kita semua ahli keluarga besar IMAM Ireland untuk duduk bersama menilai, bermuhasabah atas apa yang telah berlalu dan daripadanya kita berusaha untuk yang lebih baik untuk masa akan datang. Sejenak kita menganalisis kebaikan, kekurangan, kekuatan lagi kelemahan kita sebagai sebuah keluarga dan berkongsi pendapat dan pandangan sesama kita untuk kebaikan semua dalam suasana terbuka dan matang. Untuk kita bersama, sama-sama belajar dan membesar.

Alhamdulillah, sepanjang kami, Majlis Tertinggi IMAM Ireland bagi sesi 2009/2010 diberi amanah yang berat dan perjanjian yang berat dan dengan itu, kami telah berusaha sehabis baik kami; dengan segala upaya dan kemapuan yang Allah berikan kepada kami untuk menjalankan amanah dan janji yang kami pikul ini dengan baik, dan sebaik-baiknya. Maka, hari ini, insyaAllah mari kita bersama-sama duduk sejenak dan merenung apa yang telah berlaku, mengambil dan menyuling segala ilmu dan pengalaman untuk sesuatu yang lebih kelak. Daripada kelemahan kita, kita jadikan sempadan dan tidak kita ulangi pada masa akan datang.

Pengenalan

Persatuan Perubatan Islam Malaysia  - IMAM adalah satu peresatuan yang istimewa kewujudannya. Persatuan ini ditubuhkan 21 tahun yang lalu dan bermula di Malaysia. IMAM lebih bersifat spesifik dalam kumpulan sasarannya - pelajar perubatan dan juga doktor. IMAM Ireland Student Chapter yang lebih kurang 6-7 tahun kewujudannya di Ireland ini berusaha untuk mengumpulkan pelajar-pelajar perubatan seluruh Ireland dalam satu platform istimewa ini.IMAM lebih banyak memgfokuskan aktiviti-aktiviti yang berunsur dan berkait rapat dengan dunia perubatan .

Perlu dijelaskan, kedudukan dalam IMAM Ireland ini sebagai persatuan yang bersifat 'group of intrest'. IMAM Ireland bukan persatuan tarbiyah, mahupun kebajikan ataupun budaya. Untuk masyarakat Malaysia di Ireland, kewujudan persatuan-persatuan lain seperti MSM, PPIMI, KUD, PMCSA-RCSI/UCD juga tidak lupa persatuan antarabangsa seperti Islamic Society (Isoc) di setiap universiti utama di Ireland sudah cukup untuk menjalankan aktiviti yang tersebut.

Kewujudan IMAM di Ireland ini sebagai pelengkap yang  kepada persatuan-persatuan yang sedia ada, mengcakup satu bidang yang lebih khusus dan spesifik serta sesuatu yang kita kongsi bersama - perubatan. Dengan ini, kehadiran IMAM dalam masyarakat pelajar Malaysia di Ireland boleh dilihat sebagai satu entiti istimewa dengan identiti yang istimewa.

Maka, dengan itu, perlu ditekankan lagi bahawa IMAM Ireland adalah satu badan bebas, 'non-profit' serta bukan badan kerajaan yang berdedikasi untuk berkhidmat kepada kemanusiaan dan perubatan seperti yang digariskan Islam. Pernyataan ini termaktub dalam perlembagaan IMAM UK Eire.

Kita adalah keluarga.

Mari saya tekankan sesuatu yang penting disini. Yang utama. Kita adalah satu keluarga. IMAM Ireland adalah satu pertubuhan yang bersifat bebas, neutral dan tidak bias atau terikat pada mana-mana pihak. Kita semua tidak kira atau kisah daripada mana latar
belakang sama ada politik, ekonomi, sosial adalah sama dan tidak lebih seseorang ahli atas seseorang ahli lain jika dia mempunyai mana-mana kelebihan daripada latar tersebut. Kita berkumpul bersama, diikat dengan satu akidah; bersaudara. Kita bersama mempunyai satu kesamaan yang istimewa dalam dunia perubatan yang istimewa.

Setiap ahli adalah sama. Sama ada yang memegang jawatan dalam Majlis Tertinggi atau anda sebagai ahli biasa tidak ada yang membezakan kita daripada segi peluang untuk berkhidmat dan menyumbang dalam IMAM Ireland. Juga tiada perbezaan daripada peluang untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti IMAM Ireland mahupun IMAM Malaysia sendiri.

Kita adalah sebahagian kecil daripada keluarga yang lebih besar. IMAM Ireland bukan sekadar persatuan yang bersifat setempat (masyarakat Ireland) tetapi sebahagian daripada jaringan yang luas dan global. IMAM berpusat di Malaysia, tetapi kita mempunyai keluarga seluruh dunia. Terdekat sepupu kita, IMAM UK. Ada juga saudara kita, IMAM India, dan IMAM Rusia digerakkan oleh pelajar-pelajar perubatan Malaysia disana. Tidak lupa saudara PERUBATAN Mesir. IMAM juga sebahagian daripada Federal Islamic Medical Association (FIMA) yang menjadi payung persatuan perubatan islam di seluruh dunia - analogi kepada (Federation of Student Islamic Society) FOSIS dengan ISOC setempat.

Let's IMAMing: Intergrity, Intellectual, Inspiration



Laungan kempen Let's IMAMing diperkenalkan 2-3 tahun lepas oleh bekas Presiden Ammar Muizuddin Manas. Gagasan ini menyeru ahli untuk terjun, turun padang menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh IMAM Ireland serta IMAM-IMAM yang lain.

Mari berIMAM dalam bahasa melayunya mempunyai objektif pembinaan individu yang berupaya dan mempunyai karisma dan kredebiliti untuk menjadi pemimpin yang boleh memimpin dan memimpin. Membina jiwa-jiwa yang berkhidmat dengan penuh tulus dan ikhlas kerana Allah.

 Kempen ini  di tambah 'tagline' Intergrity, Intellectual Inspiration mulai sesi 2009/2010. Taglini ini khas kepada Kempen Let's IMAMing dalam menjelaskan lagi laungan Let's IMAMing itu sendiri.

Dalam membina seorang 'IMAM', beliau perlu menjadi seorang yang berintergriti yang mempunyai nilai-nilai kepimpinan serta kemanusiaan yang selari dengan Islam itu sendiri. Intergriti adalah salah satu aspek penting dalam karekter yang terbentuk daripada pemahaman Islam yang sebenar, keimanan jitu dan pengamalan akhlak-akhlak islami dalam hidup seharian.

Mempupuk budaya inteletktual dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara spesifiknya menyatakan bahawa kami, IMAM Ireland hanya menjalankan aktiviti yang berkualiti dan bermanfaat. Kami menolak aktiviti-aktiviti yang tidak mempunyai objektif yang jelas sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang. Fokus nilai intelektual kepada sesuatu menambah kemampuan dan keupayaan kita untuk berkhidmat dan berkongsi untuk kebaikan umum. Sebagai seorang Islam, kita perlu meninggalkan perkara yang sia-sia yang tidak meingkatkan iman lagi membuahkan amal.

Inspiration. Kami mempunyai visi bahawa segala usaha yang kami lakukan memberi inspirasi kepada orang lain. Membenihkan inspirasi supaya orang lain juga mengambil bahagian. Memberi perangsang dan menjadi pemangkin supaya orang yang sentiasa melihat daripada luar dan jauh tepanggil untuk turut serta. Melalui aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan, insyaAllah akan membentuk ini.

Semua yang disebut diatas hanya tinggal kata-kata indah dan janji-janji manis jika ahli sendiri memeluk tubuh dan tidak mengambil bahagian.Untuk menjayakan kempen, dan segala visi dan objektifnya, ahli perlu menjadi proaktif dan aktif mengambil bahagian.
Peluang sentiasa terbuka dan khidmat anda sangat diperlukan oleh IMAM Ireland. InsyaAllah.

IMAM Ireland tidak mempunyai satu buku panduan khas pembentukkan individu. Tidak ada. Yang ada hanyalah platform kepada semua ahli keluarga untuk terlibat bersama-sama menjayakan nilai, visi dan objektif yang disebutkan dalam Kempen Let's IMAMing. Semua ini dipelajari secara tidak langsung sepanjang penglibatan dalam aktiviti-aktiviti IMAM Ireland. Satu relektif dan muhasabah sendiri.
InsyasAllah, secara sedar atau tidak, jiwa-jiwa kita membesar. IMAM Ireland adalah satu platform yang istimewa kita masing-masing mengembangkan potensi dan mengilap bakat yang ada ke satu tahap baru.

Seterusnya.

Alhamdulillah, setahun berlalu dengan pelbagai cerita dan kisah. Ada tawa ria, juga ada tangis hiba. Alhamdulillah, sekejap masa berlalu.IMAM Ireland mempunyai visi jangka panjang untuk lebih terlibat secara terus, berasmilasi dan berintegrasi dengan masyarakat setempat. IMAM Ireland berharap lebih banyak lagi kolaborasi dalam menjalankan aktiviti-aktiviti bersama-sama persatuan lain di Ireland untuk kebaikan umum. InsyaAllah.

Potensi IMAM Ireland sebagai persatuan perubatan boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang lebih bersifat local, bukan sekadar tertutup kepada komuniti Malaysia di Ireland sahaja. Sudah tiba masanya untuk IMAM Ireland melebarkan sayapnya untuk berbakti dan bekerjasama lagi dengan masyarakat Ireland seperti contoh bersama Islamic Foundation Ireland (Dublin Mosque) atau ICCI (Closkeough Mosque) menjayakan aktiviti seperti pemerikasaan kesihatan percuma, kempen kesihatan dan sebagainya.

Untuk ini, kami tinggalkan kepada Majlis Tertinggi baru untuk meneruskan misi dan visi serta menrealisasikan objektif IMAM Ireland.

Terima kasih

InsyaAllah dalam kesempatan ini, saya secara peribadi ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada ahli Majlis Tertinggi yang selalu setia bersama. Bersama mereka, banyak suka duka yang kami jalankan bersama, bersama-sama belajr daripada kelebihan dan
kekurangan masing-masing.

Dalam kesempatan mewakili Majlis Tertinggi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu kami sepanjang kami memegang amanah. Kami memohon maaf dengan penuh tulus dan rendah hati jika terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan daripada pihak kami. InsyaAllah, daripada kebaikan itu kita mengambil contoh, dan daripada kekurangan itu kita mengambil teladan.

Dengan ini, saya tidak mahu berpesan panjang lagi. Masa memburu dan cemburu. InsyaAllah,saya sangat bersyukur kerana diberi peluang bersama ahli keluarga Majlis Tertinggi dalam menempa dan mencorak satu sejarah daripada lembaran epik IMAM Ireland.

IMAM, secara peribadi begitu dekat dan erat dengan saya. Segala masa, tenaga, penat dan lelah dicurah adalah sesuatu yang tidak pernah dan tidak akan saya sesalkan. 

Saya doakan agar kempimpinan Majlis Tertinggi yang akan dilantik kelak dapat meneruskan dan menangkat IMAM Ireland ke satu tahap baru daripada segi professional serta sumbangan kepada masyarakat dalam kewujudan persatuan ini dalam komuniti di Ireland.

Sekian, Terima kasih.
Alhamdulillah.  

InsyaAllah, moga bermanfaat,
Muhammad Iqbal A Ghani
Bekas Presiden IMAM Ireland SC
IMAM Ireland yang banyak mengajarku tentang hidup, kehidupan; dunia dan cinta.

maklumat tentang IMAM Ireland : 


Bookmark and Share

No comments:

Post a Comment