Assalamualaikum
Perjalanan Kita
Hari ini, beberapa senior RCSI-PMC akan pulang. Sebilangan pelajar perubatan di sini, Royal College of Surgeons in Ireland adalah mereka yang membuat program berkembar dengan Penang Medical College. Mereka akan berada di Ireland selama 2 tahun 6 bulan, dan selebihnya 2 tahun 6 bulan di Malaysia. Saya juga begitu.
Melihat mereka, kadang-kadang saya sendiri terasa bahawa saya sendiri yang pulang. sepertinya masa saya untuk itu telah tiba.
InsyaAllah, semalam, saya pergi menziarahi saudara2 saya yang akan pulang itu. di rumah mereka yang agak jauh berjalan. merentas sejuk malam, melawat dan bersama untuk saat-saat akhir. oh, tidak saat akhir; saya dengan mereka hanya akan dipisahkan dengan masa selama 1 tahun, dan insyaAllah akan bertemu kembali bila saya sendiri pulang kelak, tahun hadapan.
Perjalanan kita, sesungguhnya masih jauh. itu yang saya ingin ungkapkan, tapi tidak terucap semasa bersama-sama mereka ketika itu. jauh dalam banyak konteks. tidak kira sama ada hidup itu sendiri, juga dakwah kita yang terpikul, yang kita telah berbaiah dengannya, daripada dimensi kerjaya, dan daripada segala macam segi. perjalanan kita, masih jauh; tidak mungkin tamat selagi dunia ini tidak sampai hujungnya.
Maka, untuk perjalanan yang jauh, panjang ini; bekal kita perlu. sangat. sangat2 memerlukan bekal yang akan menjadi kekuatan tatkala lemah, menjadi teman takala sunyi, menjadi ubat ketika sakit, menghilang penat dikala lelah sepanjang perjalanan.
Apa bekal itu?
Anda lebih tahu jawapannya.
iya, perjalanan kita masih jauh.
untuk saudara2ku, sesungguhnya terpisah kita pada jarak;
hati-hati kita tetap dekat, maka teruskan,
kuat untuk melangkah.
jumpa kita tahun hadapan!
pasti, dengan izin-Nya
Pertemuan dan Perisahan: Bila Tuhan Berbicara
sesungguhnya, kita merancang; dan Allah juga merancang. pesan-Nya, Dia sebaik-baik perancang; ingat-Nya, Dia lebih mengetahui sedang kita tidak punya pengetahuan.
pertemuan dan perisahan itu, seperti lagu-lagu yang disiulkan tatkala kita tamat sekolah rendah, mahupun tatkala kita habis selasai spm, itu memang lumrah. dan yang mengaturnya, sudah tentu Allah.
"pena telah terangkat, dan tinta telah kering", begitu hujung hadis 19, daripada 40 koleksi hadis imam Nawawi.
bila Allah mengatur kita, dengan indah menemukan dengan insan yang baik moga kita juga berlumba-lumba mengejar amal. juga menemukan kita dengan insan yang boleh kita ambil pelajaran dan pengajaran, juga menjadikan sempadan.
bila berkumpul bersama-sama saudara saya itu tadi. benar. bila mereka membuka cerita dan berkongsi. ada yang mulanya jenuh melarikan diri. ada mulanya yang mungkin perlu pembaikan. alhamdulillah, izin-Nya, seiring masa berlalu masing-masing meningkat dan menjadi lebih baik.
seperti masing-masing itu ibarat kebun, yang telah menumbuhkan pohon yang rendang, meneduh dan berbuah manis.
meski, pertemuan pasti perpisahan itu bersamanya. pasti. mesti. diikutnya satu pertemuan itu dengan perpisahan. memang sedih, pasti. tapi perlu kita ingat, boleh jadi perpisahan ini lebih baik; mungkin perpisahan ini perlu. dan ingat, perpisahan ini sekadar sementara, yang belum lagi abadi.
insyaAllah, moga dalam jauh jarak dan tempat ini; ikatan ukhwah kita makin, dan lebih kuat. sesungguhnya, tiada yang lebih manis daripada persaudaraan sesama islam itu, yang diikatnya oleh iman.
meski kita jauh, hati kita tetap dekat. moga ukhwah kita berpanjangan.
Sampai nota akan datang.
No comments:
Post a Comment