Assalamualaikum.
Menulis
Sudah lama, saya tidak mengarang panjang. Kira-kiranya berbulan-bulan. Meski blog ini pun jarang sekali saya coretkan cerita, tetapi apa yang saya sedari secara tidak langsung apabila saya kurang menulis panjang:- selalu saya menulis pendek, berkarya.
Sekali lagi saya ingatkan pada kalian, pembaca dan yang membaca. Saya mengarang panjang disini adalah sekadar wadah bercerita, berkongsi rakaman masa pada lensa fikir, pandang, mungkin juga rasa yang berbeza. Maaf kepada kalian yang tidak menemukan apa yang kalian cari, kerna mungkin penulisan saya berat. Mungkin juga bernada terikat -skema-, tetapi secara peribadi saya lebih menyenanginya sebagai disiplin dan latihan kepada saya, seorang penulis.
Cerita Masa
Cerita masa adalah tentang kita. Cerita masa adalah tentang anda, saya dan kita. Tentang semua. Cerita masa adalah rakaman detik, rakaman saat; juga rakaman ruang dan waktu untuk semua yang telah, dan sedang berlaku. Rakaman ingatan, untuk menjadi renungan dan diambil daripadanya pengajaran.
Maka dengan itu saya ingin menulis; ringkas meski bermakna. Menulis untuk berkongsi barangkali, untuk siapa yang mahu mengambil.
Selepas ini, akan datang banyak cerita;
insyaAllah daripada saya.
cerita-cerita masa.
Dr. M Iqbal A Ghani
No comments:
Post a Comment