Assalamualaikum.
Beberapa Kata
Agaknya, sangat sudah lama tidak menulis. Saya tidak menulis. Tetapi banyak saja perkara yang hendak mahu dikongsi dan diungkapkan. Maka, dalam cuti musim panas ini insyaAllah saya akan memulakan satu penulisan baru, moga bermanfaat.
Penulisan blog dan saya sudah cukup lama, cuma satu periode atau tempoh mandul (kekosongan tiada tulisan) itu sebenarnya bukan erti ketandusan idea, tetapi saya sendiri mengambil masa untuk memecah beberapa konflik nilai tentang penulisan saya, apa yang saya akan tulis dan saya sendiri menghidupkannya.
Dalam periode 1 tahun lebih kurang, apabila saya mengambil keputusan untuk menutup Minds of Kaito 2 yang agak sangat sekular; beberapa persoalan untuk menulis kembali juga target audiens utama penulisan perlu ditimbang dan dijelaskan.
Setahun berlalu di Bumi Shamrock ini; benar-benar mengubah banyak nilai dalam diri lantas itu secara langsung menunjukkan influansi (pengaruh) kepada cara-pandang-dunia, fikir, gerak-tindak saya sendiri. Semua itu dengan necara baru, Islam dan Iman. Semua itu membentuk imej baru. Moga ini menjawab beberapa orang yang mempersoal tentang saya telah berubah; dan tidak saya seperti yang pernah sekular mereka kenali.
Tentang Weblog ini
Saya mencintai ilmu serta seluruh keilmuan itu sendiri, dan ini adalah satu pengakuan terbuka. Kecintaan pada ilmu dan keingin kuat untuk berkongsi kepada orang lain menjadi satu daya-gerak untuk saya terus belajar. Maka, saya ingin banyak menulis. Tetapi menjadi satu huru hara apabila saya meletakkan semua penulisan saya dalam satu tempat mungkin, terutama topik yang tidak berkaitan.
Lalu, saya setelah mengambil beberapa masa memutuskan bahawa, insyaAllah dengan izin-Nya blog ini akan menjadi blog penulisan umum. Iya, blog penulisan umum untuk semua orang. Blog penulisan umum saya dalam berkongsi nota-nota kehidupan yang sendiri saya lalui, atau insan dan manusia yang dekat sekitar saya.
Blog ini umum dan terbuka. InsyaAllah adalah menjadi wadah saya, dengan identiti saya yang sebenar.
Tajuknya 'Nota Kehidupan' adalah sementara, dan insyaAllah akan ditukar kelak.
Tentang apa yang akan ditulis? Apa yang tertulis. Saya sendiri tidak mampu berjanji perkongsian mendatang adalah kena dengan jiwa kalian. Cuma saya akan cuba mengekalkan penulisan saya supaya lebih bersifat akedemik dalam santai.
Nada blog ini mungkin skema, dengan Bahasa Melayu (Malaysia) baku serta kosa kata (yang saya sangat cuba kurangkan) aneh serta menjaga tatabahasa. Maaf. Bagi saya, ini adalah satu latihan menulis kerana saya juga seorang penulis (atau lebih tepat penyajak-poet-).
Berdasarkan pengalaman yang lalu; kerja-kerja mengarang mengambil masa. Dengan itu saya tidak dapat berjanji untuk update blog ini selalu; insyaAllah jika ada perkongsian hidup yang menarik, saya pasti post!
Weblog ini bersifat bebas. Tidak memihak mana-mana pihak politik dan tidak berpartisan. Saya sendiri mengambil dasar 'Pemerhati Bebas Berkecuali' dalam menilai dan menganalisis kancah serta senario politik di Malaysia.
Mencari Rakan
InsyaAllah, saya sangat berharap dapat membina afiliasi dengan rakan blogger yang lain.
Saya berharap dengan linking kita dapat belajar daripada satu sama lain.
Kepada blogger yang sudi, sila sangat meletakkan link blog saya diblog kalian dan insyaAllah saya akan menlinkkan kembali.
InsyaAllah sekian dulu, moga Allah memberkati penulisan dan perkongsian kita mendatang.
Muhammad Iqbal A Ghani
No comments:
Post a Comment