Assalamualaikum.
Pernah tak anda, pada suatu hari rasakan mati itu dekat? Pernah juga dalam hidup anda, anda merasakan dunia itu kosong, dan segala isinya adalah kekosongan yang tidak lain hanya sekadar senda gurau dan permainan?
Itu realiti. Aneh untuk menulis ini, tetapi sekali lagi itu realiti. Kenyataan yang kita tidak dapat lari. Bila-bila masa saja kita akan pergi. Di panggil mengadap Ilahi. Kembali abadi.
Kematian itu.
Mati sentiasa mengintai, dan akan menyapa bila tiba masanya. Itu pasti. Firman-Nya setiap jiwa itu pasti, pasti dan pasti merasakan maut. Tiba-tiba, pada tengah malam Ramadhan yang tidak dapat terlelapkan mata ini, sekadar ingin merakamkan beberapa perkara yang liar keluar daripada minda.
Sungguh, kematian itu adalah satu motivasi hebat. Sebab itu, kita dapat lihat bahawa banyak ayat Al-Quran dan hadis (yang tidak dapat saya petikkan di sini atas sebab ceteknya ilmu) yang menunjukkan betapa hebatnya 'kesedaran tentang kematian'. Betapa dengan kesedaran itu dapat memelihara kita daripada membuat dosa (astafirullah, aku memohon ampun atas segala dosaku ya Allah), meningkatkan amal, memperelokkan akhlak lagi memperbaik hubungan dengan Allah juga manusia.
Kenapa tiba-tiba saya mencoret tentang kematian? Sebab saya sendiri dalam beberapa tempoh lalu telah mengetuk-ngetuk pintu Izrail tanpa saya sedar sehingga saya merenungkannya. Cuma, alhamdulillah, belum sampai lagi untuk saya melewati pintu itu. Semoga saya, dan kita dapat bertaubat dengan nasuha serta bersedia bila tiba masa sebenarnya.
Ini benar. Memendekkan cerita, tahun lalu sahaja saya begitu dekat dengan kematian, sangat. Dekat sehingga pecahan saat (milisaat) dapat mengubah perjalanan kehidupan saya.
Tuesday, 24 August 2010
Tuesday, 17 August 2010
Nota Tentang Pencarian(i)
Ungu-Para Pencari-MU
Bila terkadang kita melangkah, kita lupa kita leka.
Kembali kita ke pangkal, kembali kita ke asal.
Aku perlu ruang dan luang mencari Allah.
Mengharap keampunan daripada-Nya.
Memohon taubat kepada-Nya.
Muhammad Iqbal A Ghani
7 Ramadan 1431H
Kangar, Perlis
Thursday, 12 August 2010
Nota Tentang Tetamu dan Diri
Assalamualaikum.
Tetamu Agung
Ramadhan tiba. Alhamdulillah, setinggi syukur pada Dia yang mengizinkan saya dan kalian masih bernafas dan bernyawa untuk menerima tamu agung yang dinanti saban tahun. Ramadhan bulan kemuliaan, dalamnya penuh keberkatan. Banyak hadis juga ayat-ayat Al-Quran dibacakan menyatakan tentang manfaat dan kelebihan bulan ini. Maka, saya tidak mahu mengolahnya disini. Kalian boleh mendapatkannya banyak di laman-laman web, mungkin juga emel-emel berangkai.
Ramadhan kali ini, seharusnya berbeza bagi saya. Sepatutnya lagi selayaknya lebih baik daripada tahun yang telah berlalu, Tapi dalam hari-hari awal, terasa satu momentum yang sangat rendah. Nafsu beribadah itu sepertinya kurang. Terawih pun khusyuknya seperti hilang- lebih mengira bila rakaatnya cukup 8. Kemudian berlari untuk witir. Astafirullah, perlu menyemak bahagian diri yang kurang.

Tuesday, 10 August 2010
Pulang
Assalamualaikum.
InsyaAllah ini satu catatan pendek. Sebulan telah berlalu, saya baru boleh cakap saya pulang ke rumah. Meski telah menjejak kaki di tanah air, saya keluar meninggalkan rumah sejak hari ketiga saya di Malaysia sehinggalah Ramadhan menggamit. Kasihan ibu dan bapa saya. Daripada mereka, saya ingin memohon maaf sangat. Sudahlah pulang selepas berbulan jauh, kemudian tidak lekat pula di rumah.
Berkejar dengan masa.
InsyaAllah, bagi saya ini masa yang saya perlu 'grab; banyak perkara sebelum semua hilang dan pergi. Bukan meninggalkan yang lain cuma, bercakap pada titik tolaknya realiti, kita -saya dan kalian- hanya diberi kesempatan satu sahaja dalam hidup, dan untuk hidup. Sekali sahaja peluang, masa dan ruang (juga wang) untuk melakukan perkara yang sepatutnya kita lakukan dalam tika itu. Sekali, atau hilang sama sekali. Once in a life time. Maka, bagi saya ketika ini saya perlu menyelesaikan semua yang perlu dan mengapai mana yang saya mampu sebelum semuanya berlalu. Ya, konklusi ini terlalu umum.
Allah memerikan ruang dan peluang untuk kita sekali dalam hidup. Ini fakta dan kenyataan. Realiti dan bukan mainan. Maka, kita perlu faham dan menggunakannya sebaik-baiknya. Saya tidak mampu mencoret panjang tatkala larut malam ini. Mata terlalu berat, mesti otak ligat menari. Jari-jari pun juga seperti penat memetik kekunci. Perlu rehat untuk ziarah yang jauh esok.

Subscribe to:
Posts (Atom)