Tuesday, 10 August 2010

Pulang

Assalamualaikum.

InsyaAllah ini satu catatan pendek. Sebulan telah berlalu, saya baru boleh cakap saya pulang ke rumah. Meski telah menjejak kaki di tanah air, saya keluar meninggalkan rumah sejak hari ketiga saya di Malaysia sehinggalah Ramadhan menggamit. Kasihan ibu dan bapa saya. Daripada mereka, saya ingin memohon maaf sangat. Sudahlah pulang selepas berbulan jauh, kemudian tidak lekat pula di rumah.

Berkejar dengan masa.

InsyaAllah, bagi saya ini masa yang saya perlu 'grab; banyak perkara sebelum semua hilang dan pergi. Bukan meninggalkan yang lain cuma, bercakap pada titik tolaknya realiti, kita -saya dan kalian- hanya diberi kesempatan satu sahaja dalam hidup, dan untuk hidup. Sekali sahaja peluang, masa dan ruang (juga wang) untuk melakukan perkara yang sepatutnya kita lakukan dalam tika itu. Sekali, atau hilang sama sekali. Once in a life time. Maka, bagi saya ketika ini saya perlu menyelesaikan semua yang perlu dan mengapai mana yang saya mampu sebelum semuanya berlalu. Ya, konklusi ini terlalu umum.

Allah memerikan ruang dan peluang untuk kita sekali dalam hidup. Ini fakta dan kenyataan. Realiti dan bukan mainan. Maka, kita perlu faham dan menggunakannya sebaik-baiknya. Saya tidak mampu mencoret panjang tatkala larut malam ini. Mata terlalu berat, mesti otak ligat menari. Jari-jari pun juga seperti penat memetik kekunci. Perlu rehat untuk ziarah yang jauh esok.



Menulis

Alhamdulillah, syukur dengan rindunya Ramdhan  sekali lagi menyapa. Allah memberi peluang lagi untuk bermadu kasih dengan Ramadhan kali ini. Moga lebih diberkati, dan buah amalnya lebat.

InsyaAllah dalam pulang, dan sepanjang bulan penuh barakah ini, banyak masa saya di rumah, yang memungkinkan lebih banyak saya menulis. Menulis dalan erti kata penulisan tidak fiksyen, iaitu blog ini juga sempat untuk saya - dengan izin-Nya- mengasah lagi sebahagian lagi genre penulisan saya - penulisan kreatif dengan nama Nadim Muhammad.

InsyaAllah, itu doa dan harapannya, serta banyak lagi.
Akan datang, tercoret satu demi satu kelak,
insyaAllah dengan izin-Nya

Muhammad Iqbal A Ghani
Kangar, Perlis

No comments:

Post a Comment