Assalamualaikum
PP
PP adalah singkatan post pendek. Memandangkan saya telah mengambil keputusan untuk memberi komitmen menulis blog ini dalam bahasa Melayu baku, kadang-kadang perkara yang ingin ditulis pendek sahaja.
Zon Selesa.
Sudah kebiasaan, jika mahu ke hospital kami perlu mengambil bas. Untuk itu, biasalah ada beberapa tempat untuk saya dan seorang rakan saya menunggu.
Saya terbiasa untuk mengubah sesuatu kebiasan. Oleh itu, saya terbiasa untuk mencuba sesuatu yang baru, melihat sesuatu dengan cara yang berbeza.
Satu hari, kebetulan saya bertemu dengan dia untuk menunggu bas. Dan sengaja mengajak ke perhentian bas yang lebih baik (lebih banyak pilihan bas untuk ke hospital). Walaupun jelas lagi nyata pilihan itu lebih baik, dia menolak. Saya tersenyum dan faham.
Itu kebiasaan yang boleh kita lihat sehari-hari. Bahawa setiap daripada kita ada zon selesa kita sendiri dan pada hemat kita, itu adalah yang terbaik tanpa pernah mengira atau cuba melihat yang lain. Apabila telah terlalu selesa, agak sukar untuk kita mencuba sesuatu yang baru walaupun lebih baik untuk kita - dan ini agak bahaya.
Lalu seronok saja melihat situasi demi situasi ini. Seolah skrip sehari-hari berulang. Sehingga, jika kita betul-betul memerhatikan, kita boleh kira kebarangkalian tindakan mereka selanjutnya. =]. Betul.
Benar, saya akui agak sukar pada mula untuk mengubah dan lari daripada zon selesa. Pasti ada rintangan. Tetapi rintangan itu tidak lama dan kesukaran itu akan berubah menjadi zon selesa lagi. Faham tak? Lalu, kita mempunyai zon selesa yang lebih besar.
Harga untuk itu, mungkin kesukaran pada asalnya, tetapi apabila kita mempunyai zon selesa yang lebih besar; kita akan mempunyai lebih banyak pilihan dan mempunyai lebih banyak kawalan untuk tindakan yang kita ambil.
Selalunya, rintangan yang dihadapi adalah ketakutan kepada sesuatu konsep yang baru. Itu sangat lucu sebenarnya melihat itu berlaku setiap hari. Lucu kerana sesuatu konsep dan perkara baru itu ditakuti kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Jika mereka meluangkan masa sedikit untuk mengambil tahu dan belajar mengenainya, rintangan itu tidak pernah jadi masalah.
Cuba untuk keluar lagi daripada zon selesa baru dan berada dalam zon lain. Seperti yang ditulis tadi; kita akan dapat melihat dunia daripada perpepsi dan dimensi yang berbeza. Dengan itu, kita akan lebih berawas dan berjaga serta teliti dalam banyak perkara.
Sekian dahulu. =]
InsyaAllah, moga bermanfaat,
Muhammad Iqbal A Ghani
No comments:
Post a Comment