Sunday, 16 September 2012

Nota Emosi: 5th FIMA International Conference, 13-15 September 2012

Assalamualaikum,

 Sepanjang 13-15 September yang lalu, saya telah pergi ke kuala lumpur untuk menghadiri satu conference. Tapi, penulisan ini bukan untuk berkongsi penuh setiap pengisian sepanjang conference tersebut, tetapi sebagai kanvas saya merakam emosi sepanjang perjalanan tersebut.



 Ya, emosi. Bukan sebarang emo. Dalam pemerhatian saya, saya lebih ikhlas menulis bila bersama emosi, merakamnya untuk rujukan kelak. Jadi sesiapa yang nak tahu apa yang dikongsikan dalam sesi tersebut maaf, saya tidak menulis tentang ini. Anda boleh melawat laman-laman blog yang lain barangkali!

 Jujurnya, saya sangat bersyukur saya datang kali ini. Bersyukur dengan peluang yang Allah beri untuk saya lari jauh sejenak daripada hiruk pikuk akademik yang tak pernah sudah, kepada satu perjalanan yang membuka mata dan mengejarkan jiwa. Exactly, menyegarkan jiwa. Soul resfreshing.



 Saya belajar sesuatu yang baru tentang diri sendiri. Belajar untuk menjadi bising dan annoying. Sebelum ini tidak pernah macam itu. Walaupun sebagai peserta biasa, saya dengan sweater Manipal (maaf ya MMMC people!!!) menjadi agak agrresif sepajang conference tersebut. Mungkin terlalu biasa ke conference atau boleh jadi IMAM itu sangat familiar hingga saya tak terasa asing walaupun ramai saja orang yang tengok semacam. Barangkali bila realiti telah terlalu lama mengggasak jiwa, saya pun jadi tak kisah tentang banyak perkara.

Saya jua tua! Berapa ramai yang menangguk tanpa soal bila saya bergurau saya seorang consultant dan sudah beranak 2. Tetapi dua perkara diatas belum lagi menjadi faktalah. Dan insyaAllah beza antara gurauan tersebut dengan fakta adalah ruang dan masa. Apa orang putih tu kata, "it is difficult tomsay what is impossible as the dream of yesterday is the hope of today dan reality of tomorrow". Tapi, yang faktanya ramai menyatakan satu hal yang konsisten - saya nampak matang, tidak sepadan dengan kenyataan. Syukurlah :p.

 Saya belajar bahawa dunia ini luas. Sangat luas. Cuma untuk kita menghargai betapa luasnya dunia tersebut, kita perlu keluar dan melihat. Sanggup bersusah payah keluar daripada kepompong selesa bersama persekitaran asal, kawan-kawan lama dan pergi menjengah tempat baru, dan mengenali jiwa-jiwa baru.

Daripada situ, saya belajar kepelbagaian yang menjadikan perbezaan itu bukan satu kecacatan yang perlu diperangi, tetapi sesuatu kekuatan yang perlu dirai. Jauh daripada tempurung itu, saya belajar bahawa sangat banyak kemungkinan-kemungkinan yang boleh terjadi dan pilinan-pilihan yang boleh diambil bila kita berani untuk meneroka, belajar dan memahami pilihan & kemungkinan tersebut.

Saya belajar untuk bebas daripada dogma setempat yang mengikat dan cuba memahami sudut pandang yang berbeza daripada kepelbagaian latar belakang dan sosioekonomi yang berbeza.

 Saya bertemu dengan banyak orang pada perjalanan kali ini, dan mengambil sedikit masa untuk belajar daripada mereka.

Ada seorang doktor muda yang berpesan untuk kahwin dahulu, sebab itu akan menjadi satu push atau tolakan untuk merancang karier. Saya hanya mampu menjawab dengan senyuman.

Ada seorang doktor lama, yang berkongsi beberapa cerita dah rahsia, berpesan untuk pergi jauh merantau dan belajar, terlibat dan berkhidmat dengan komuniti setempat memandangkan itu adalah kualiti yang dicari jika terpanggil untuk temuduga menjadi pakar kelak (kerana beliau juga salah seorang ahli panel temuduga tersebut untuk bidang kepakaranya; ceritanya tentang jalan-jalan takdir yang kita rasa kita memilih, tetapi kita dipilih. Saya mengganguk dengan tekun.

Ada seorang doktor antara muda dan lama berkongsi bahawa hajat untuk pulang berkhidmat dalam kampung halaman selepas bertahun merantau jauh menjadi cerita harapan orang kampung beliau. Kata saya, mana tahu saya juga boleh berkongsi cerita yang sama kelak.

Ada seorang doktor gigi yang sangat lemah lembut berkongsi ilmunya tanpa segan walaupun diasak soalan demi soalan. Sayalah yang mengasaknya. Hahahah.

Mereka sebahagian jiwa-jiwa yang hebat, dalam mereka tidak sedar satu jiwa yang tekun menimba ilmu daripada mereka.

 Saya juga menemukan beberapa teman baru, yang kebanyakannya sebagai sukarelawan. Walaupun tidaklah saya begitu ramah, tapi alhamdulillah berkenalan satu demi satu.

Ada yang sudah tamat menunggu panggilan induksi, ada yang baru melangkau tahun satu; ada yang menjalani latihan pakar berkenalan pada akhir majlis apabila semua orang telah meninggalkan majlis. Ada antara mereka pernah berjalan setempat, di bumi dan merasa hujan di langit yang sama tetapi pada ruang masa yang berbeza.

Bertemu semula sekian lama.

Ada antara mereka yang pernah bersua, ketika masing-masing masih kecil dan mentah sebagai pelajar perubatan tahun dua dan tiga menjadi pelajar pelajar tahun akhir yang lebih tenang dan matang.

Barisan sukarelawan!

Pertemuan yang singkat, tidak semestinya kosong, siapa tahu dalam 10-15 tahun akan datang, kami akan mengantikan lagenda - lagenda yang sedia ada. Moga ukhwah yang terbina makin teguh dan utuh.

 Dan syukurnya, ada beberapa orang doktor yang pernah mengenali saya ketika dahulu, tidak lagi mengenali saya, bahkan beliau terpinga-pinga apabila saya menegur beliau. Syukur sangat kerana saya tidak mampu memenuhi harapan dan aspirasi mereka yang terlalu tinggi. Bukan salah mereka dan bukan salah saya kerana kita masing-masing tahu Allah ada perancangan yang lebih baik. Saya yakin mereka telah menemukan orang yang lebih baik untk aspirasi itu. Alhamdulillah.

 Saya menemukan kembali sahabat sahabat lama semasa di Dublin, yang mengajar saya banyak makna hidup dan kehidupan. Ada antara mereka sudah berkeluarga, ada yang telah menjadi bapa, ada yang cakap hal itu nanti lah. Ada seorang antara mereka bertanya, 'Dah kahwin ke?' dengan bangganya menjawab, ' Kau tak tau ke, anak dah 2'. Tergaman dia sebentar. Hahaha. Mereka yang lama saya kenal secara dekat dan erat, memang sahabat sahabat dan teman yang alhamdulillah bersyukur mengenali mereka. Walaupun kami fizikalnya terpisah jauh dalam ruang masa, tetapi jiwa kami serasi. Membesar bersama-sama walaupun sekejap, mereka itu adalah abang-abang yang sangat dihormati dan dikasihi. Moga Allah memberkati mereka, keluarga mereka dan semua yang datang atas mereka.

 Saya belajar bahawa, sebagai manusia; kita menrancang dan hanya mampu merancang. Sejauh mana perancangan itu rapi, jika Allah tidak mengizinkan tetap tak jadi. Pusinglah sejauh langit dan bumi, tanpa kun, tiada fa ya kun. Tapi bersyukurlah, kita bukan Tuhan dan tak perlu menjadi Tuhan. Sebagai hambanya, kita yakin Allah itu lebih tahu akan semua sesuatu.

 Yang paling utama, saya menemukan beberapa jawapan-jawapan daripada persoalan panjang tahun ini. Sangat bersyukur dengan takdirnya. Saya menemukan jawapan-jawapan itu dengan cara dan jalan yang tidak pernah disangka sangka. Jawapan yang ingin saya dengar dan tahu kebenarannya, tetapi adakala takut untuk menyoal terus. (Dan jangan salah faham dengan kenyataan ini).

Sekadar gambar hiasan

 Jawapan-jawapan yang tampak kecil, tetapi itu telah mengubah garisan-garisan takdir. Tapi, bukankah berubah ke satu qadar ke satu qadar itu juga adalah qadar Allah? Alhamdulillah. Dengan jawapan ini, setidaknya saya boleh dengan yakin berlari lalu tanpa meninggalkan apa lagi dibelakang.

Apa yang perlu selesai, telah selesai. Sekarang adalah masa yang fokus apa yang akan datang.

 Dan semua ini, sangat-sangat memenatkan, terutama daripada segi emosi. Bersyukurlah, itu tandanya saya masih seorang manusia dan mempunyai rasa. Sudah bertahun lama saya tak kisah sangat tentang rasa dan semuanya flat. Tp kali ini, Memang semua emosi drained up habislah, but refreshing. Tetapi bersyukurlah, semua itu telah menjadi tangga-tangga untuk jiwa menjadi lebih matang dan bijaksana.

 Those what happen along, indeed a journey not just a mere academical stuff, but a mind,soul and spiritual journey. When those lines above are written, my soul is crying. Alhamdulillah. I'm freed!

 Muhammad Iqbal A Ghani
15 September 2012 22:00
Pudu Sentral

 InsyaAllah, moga bermanfaat,


Muhammad Iqbal A Ghani
Bookmark and Share Disclaimer: 1. Ini adalah sekadar pandangan dan perkongsian peribadi penulis. 2. Segala yang tertulis berdasarkan pembacaan, penelitian, perkongsian, perbincangan, pemahaman dan pengalaman penulis. 3.Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kerosakan ataupun kemusnahan harta benda / kehilangan jiwa yang timbul daripada artikel ini.

No comments:

Post a Comment