Saturday 6 February 2010

Terus Melangkah: Niat

Assalamualaikum.

Niat



Bila mana, menjadi satu kebiasaan; untuk saya mengingatkan diri saya yang menulis;
dan anda yang membaca, bahawa:-

hadis satu, daripada koleksi imam Nawawi itu,
Dari Umar bin Khathab Ra. berkata : "Aku telah mendengar rasulullah saw.bersabda : Sesunggunya segala amalan itu tergantung pada niatnya. dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya karena Allah dan rasulNya, ia akan sampai pada Allah dan RasulNya.dan barang siapa hijrahnya menuju dunia yang akan di perolehnya atau menuju wanita yang akan dinikahinya, ia akan mendapatkan apa yang dituju. (HR : Bukhari & Muslim)
sesungguhnya, insyaAllah. saya bukan ustaz, atau seorang yang berilmu cukup untuk menghujah dan menghurai tentang hadith tersebut dengan panjang lebar. anda boleh dapatkan daripada buku dan kitab; juga boleh bertanya pada mereka yang lebih mengetahui.



niat saya, untuk blog santai ini adalah merakam peristiwa masa yang insyaAllah mungkin kita melihat dunia dengan persepsi berbeza; dan berkongsi!
niat saya, sungguh mencari keberkatan_nya dalam tiap masa saya luangkan berkongsi, mengalisa tiap cerita dan peristiwa. niat saya ingin mencari reda-Nya.
hanya keberkatan, dan reda-Nya.

Terus Melangkah


Untuk mereka yang pernah mengenali saya lebih awal; saya merupakan pelajar perubatan; dan dalam beberapa blog saya yang lepas, saya mengisahkan cerita-cerita daripada semester satu dan dua. tetapi, untuk semester tiga, meski masa banyak tetapi, Allah lebih tahu. akhirnya, bila saya akan melangkah ke semester clinical yang agak serabut, saya kembali menulis; insyaAllah menjadi satu wadah untuk sekadar berkongsi realiti hidup seorang pelajar perubatan, yang dari persepsi berbeza.

terus melangkah, semester baru; juga untuk kehidupan yang mendatang. ya, langkah-langkah yang lebih jauh. ingat, destinasi akhir kita hujung sana. pasti dan satu. syurga. bukankah kita hidup untuk mati, dan kita datang untuk pulang?

terus melangkah, meninggalkan masa yang lalu; dan mengutip segala macam ilmu, pengalaman yang boleh kita usung bersama, menjadi panduan lebih dalam meniti hari-hari mendatang.

sesungguhnya, saya alhamdulillah; bila mana Allah telah memberi petunjuk untuk melihat dunia dengan kaca mata baru; bila mana saya mengenal tarbiah dan dakwah ini; dan bila mana mengenal kotor lumpur jahiliah itu; maka itu menjadi sebab utama blog lalu ditamatkan, dan ingin bermula dengan cerita baru.

insyaAllah, akan blog satu nama, sebuah cerita ini adalah blog kisah santai; dengan target audience untuk orang awam. apa pun, insyaAllah saya sendiri akan berkongsi, dan menulis dengan kaca mata pertimbangan islam dan iman.

sampai sini dahulu, semoga perkongsian dalam nota-nota mendatang bermanfaat untuk saya, dan kalian.

M Iqbal A Ghani
Dublin, Feb 2010

1 comment:

  1. moga terus melangkah gagag dengan kekuatan dariNya ^_^

    ReplyDelete