Monday 22 November 2010

Paradigma Building Blocks

Assalamualaikum.

Omongan
Lama sungguh tidak menulis. Bila masa ada, mungkin jiwa untuk duduk sejenak memetik kekunci dalam mengukir realiti daripada fakulti minda itu kurang pula. Gangguan ada pada perkara lain.

InsyaAllah ingin berkongsi satu sudut pandang barngkali. Untuk siapa yang mahu membaca dan melihat dunia daripada sudut berbeza.

Batu-bata





6 November yang lalu, pihak JPA dan MARA Ireland telah mengadakan satu sesi perjumpaan akademik bersama pihak Royal College of Surgeons in Ireland. Lanjut tentang pertemuan itu tidak penting. Tetapi antara perkara yang mengesankan saya, mengetuk fakulti minda saya adalah kata-kata daripada Dr. Orna Tighe (Biochemistry Lecturer saya semasa di tahun 2) yang lebih kurang berbunyi (dan diterjemahkan): -



"Belajar perubatan ini, bukan sekadar menghafal dan memuntahkan semua esoknya dalam peperiksaan. Tetapi kalian perlu belajar sedikit demi sedikit dan membina asas demi asas untuk digunakan kelak. Apa yang kalian belajar setiap hari akan dikumpulkan dan proses itu berperingkat"

Oh, lebih kuranglah. Sebab lebih 3 minggu, saya pun lupa untuk quote the exact word. Lagipun, terlalu banyak benda yang penting lagi untuk saya risaukan.

Tetapi, apa yang disampaikan itu betul.

Proses yang sama berlaku secara tidak sedar dialami oleh saya sendiri dan saya pasti bagi anda juga. Pasti.
Jika ingin membincangkan daripada sudut dunia perubatan, benar; proses pembelajaran menjadi dan membina diri dan karekter seorang doktor itu bukan sekadar bahan yang ada dalam lecture, tutorial dan buku. Itu tidak cukup dan tidak pernah cukup. Tetapi proses membentuk dan mengukir jiwa itu lahir daripada SEMUA perkara yang dilalui sehari-hari.

Maksudnya mudah dan ringkas. Pengalaman. Pembentukan ilmu dan pengalaman itu tidak berlaku dalam tempoh yang singkat, atau satu malam. Tidak. Tetapi adalah hasil kumpulan ilmu sedikit demi sedikit dan daripada itu kita mempunyai keupayaan untuk menghasilkan sesuatu perkara, kesimpulan dan tindakan daripada ilmu dan pengalaman itu. Daripada itu membezakan kita dengan orang lain. Daripada itu menandakan kematangan kita.

Oleh sebab itu, saya dengan keras ingin menyangkal beberapa teman kuliah mengambil alternatif ponteng jika satu kelas itu terlalu bosan, atau jika sesi tutorial itu tidak mempunyai tandatangan kedatangan. Datang mereka pun hanya untuk kedatangann. Kadang-kadang juga mereka datang pada sesi yang lain dan hanya tandatangan pada sesi mereka.

Saya faham kadangkala penyusunan jadual oleh RCSI agak gila. Boleh jadi satu hari itu kosong dan hanya ada tutorial yang bosan. Mereka menyandarkan justifikasi bahawa dengan belajar sendiri, akan dapat banyak lagi. Okay baik, saya menghormati pendapat dan pandangan itu. Tetapi, secara mereka sedar atau tidak; mereka memegang amanah untuk hadir ke semua lecture dan sesi pembelajaran tanpa sebarang alasan. Sebab itu mereka dibayar. Oleh sebab itu, mereka mendapat tajaan.

Ada beberapa rakan yang menyangkal beberapa sesi disediakan oleh RCSI tidak masuk akal dan membunuh masa mereka. Ada yang menyoalkan, jika kelas daripada awal pagi sehingga hujung petang; ditambah perjalanan untuk pergi dan pulang bila mereka mempunyai masa untuk belajar. Dan banyak lagi barangkali.
Sesungguhnya satu pattern yang dapat saya lihat adalah mereka berfikir dan mempunyai paradigma 'aku'.

Okay, cukup tentang ini. Rasa tidak perlu uraikan panjang kerana pasti untuk tujuan apa tindakan mereka, mereka pasti punya justifikasi tepat untuk mereka. =]

Kembali kepada paradigma building blocks. Jika kita memahami paradigma dan melihat dunia dengan sudut pandang ini, saya yakin apa yang kita buat; walaupun kecil dan sedikit tidak pernah sia-sia. Apa pun, sama ada yang menyebelahi kita, atau tidak pasti ada suratan yang Allah telah rancang dengan sebaiknya untuk kita.  Cuma pada kita hendak menafsirkan bagaimana. Itu terletak pada kita.

Ini lebih peribadi. Ramai bertanya bagaimana saya menguasai kemahiran dan ilmu selok belok komputer dan juga gadget. Bila saya faham paradigma 'building blocks' ini, ternyata benar.

Saya tidak menguasai ilmu-ilmu tersebut dalam satu hari, atau satu malam. Tetapi lebih tepat daripada kumpulan ilmu dan pengalaman yang saya dapat secebis demi secebis. Sedikit demi sedikit. Cubaan demi cubaan. Daripada semua itu, saya fahamkan dan saya aplikasikan. Cebisan-cebisan itu digunakan untuk membina kefahaman dan daripada itu datang penguasaan.

Itu contoh dekat. Anda juga saya pasti jika anda mengambil masa dan analisis peristiwa yang berlaku dalam hidup, pasti anda mendapati ini jelas. InsyaAllah. Jika anda tidak dapat, tidak mengapa - memang perkara ini mengambil masa dan saya sendiri pun hidup cukup lama baru mendapat kesedaran ini.

InsyaAllah, apa pun cuba lihat dunia dengan sudut pandang yang berbeza; pasti dunia menceritakan pada anda kisah-kisah yang memukau jiwa!

InsyaAllah, moga bermanfaat,
Muhammad Iqbal A Ghani

Bookmark and Share

1 comment:

  1. masyaALLAH. aku baru baca tapi kesannya amat mendalam.

    building block yer...

    keep on writing Iqbal

    ReplyDelete