Sunday, 23 January 2011

Nota Lepas Exam: Satu Refleksi

Assalamualaikum

Take this simple truth. By putting away those emotions, feelings, any thoughts, and other associations about examination; it is just a set of questions to be answered. Simple truth.
M Iqbal 
Outline
1. "Macam mana Exam?"
2. "Susahnye Exam.."
3. "Kau pandai, tak pe lah"
4. Exam bukan segala-galanya
5. Kesimpulan
Sebenarnya, banyak betul nak tulis ini. Banyak perkara nak kongsi. Banyak cerita dan banyak rasa. Saya sendiri pun tak tahu nak mula daripada mana, sedang masa pun tak banyak. Tapi, bermula dengan inilah memandangkan panas bahang exam masih terasa.

"Macam mana Exam?"

Alhamdulillah, syukur sangat. Syukur sangat apabila peperiksaan hujung semester 'Intermediate Cycle 2' telah berlalu 20 Januari lepas.


Sebelum saya menulis, ingin nak tanya kawan-kawan apa makna exam itu bagi anda (terutama pelajar perubatan seangkatan, RCSI) - okay, tak perlu lah nak email atau mesej saya. Jawab sendiri - sendiri sudah. Tapi kalau rajin lagi - jawab di ruangan komen di bawah.

Apa pun, kenapa saya tanya sebab kita masing-masing ada pendapat sendiri tentang ini. Setuju? So insyaAllah perkongsian ini daripaad saya - dan tidak terkejut jika anda rasa aneh.

Bila sesiapa tanya soalan ini, "Macam mana exam?". Sebenarnya saya pusing kepala nak jawab. In fact, I would like to ask back, "What do you expect for me to answer"? (Bahkan, saya ingin bertanya kembali, "Apa yang kau jangka saya jawab soalan itu".)

Take this simple truth. By putting away those emotions, feelings, any thoughts, and other associations about examination; it is just a set of questions to be answered. Simple truth.
- M Iqbal 


(Ah, kereknya mamat ini.)Maaf, saya tidak bermaksud sombong, atau angkuh. Jujurnya. Secara fakta kering, jika kita meletakkan jauh-jauh (sementara) emosi, perasaan. sebarang pemikiran ada sangkut paut dengannya - peperiksaan itu sekadar satu set soalan yang perlu kita jawab. Betul? Setuju?. 

Jawab dengan kondisi & premis fakta kering tersebut. Tidak mengapa jika anda tidak setuju, tetapi ini -alhamdulillah- saya melihat begini; sebagai fakta kering - tanpa perasaan. Fakta kering sini saya maksudkan kita mengambil sesuatu fakta itu sekadar fakta, tanpa meletakkan sebarang makna yang lebih daripada fakta itu seperti emosi, perasaan dan sebagainya.

"Susahnye Exam.."

Kemudian, bila kita meletakkan perasaan, emosi, assosiasi dan fikiran terhadap perkara itu; baru sesuatu menjadi bermakna, atau lebih bermakna buat kita. Itu kenyataan umum. Setuju? 

Lalu boleh juga kita guna pakai dalam konteks exam ini. Jika tadi, saya meletakkan dasar dengan 'fakta kering'. Daripada situ, mari kita bersembang lagi. Exam itu menjadi senang atau susah jika kita melihat itu sebagai senang atau susah. Melihat - dan meletakkan fikiran, emosi, assosiasi.

Exam memang susah. Saya akui, tambah pula Kursus Perubatan. Susah beb. Banyak yang nak kena belajar. Banyak nak kena ingat, banyak nak kena tahu. (Tapi sangat seronok). Dengan rendah diri, saya mengakui exam lepas sangat susah - banyak juga yang kantoi, tak tahu, salah, 'careless mistake'. 

Tapi move on lah - kita sudah study, sudah usaha dan jawab. Exam ini sekadar satu perenggan kecil dalam babak hidup kita yang lebih besar. Tugas kita selesai dan kita serahkan kepada Allah semoga usaha kita diterima-Nya dan diberkati-Nya.

"Kau pandai, tak pe lah"

Ah ini, saya paling tidak senang. Bukan apa, semua orang lebih kurang saja (dalam konteks pelajar perubatan sini). Mendefisinikan pandai - saya memegang paradigma ini: 
Pandai itu, sekadar keupayaan kita bagaimana memproses maklumat dan ilmu - benar setiap daripada kita punya tahap masing-masing. Tetapi, itu tidak menjadi sebab, asbab atau pun alasan untuk kita duduk saja tanpa sebarang usaha.

Itu, tidak boleh menjadi alasan kepada yang (terasa? :p) pandai untuk sombong, duduk saja tanpa kerja. Tidak pula kalian yang MERASA kurang sedikit upaya ini, untuk berputus asa juga lalu tidak berusaha. Oh kawan-kawan, rasional sedikit. Usaha itu yang lebih utama, usaha itu yang lebih utama. 

Analoginnya begini. Setiap daripada kita mempunyai kebun, tetapi kesuburan tanah setiap kebun itu berbeza. Tetapi adakah perbezaan itu menjadikan kita, sebagai alasan untuk malas dan berpeluk tubuh?  
Jawab soalan ini dengan akal yang sihat dan rational. 

Jika kesuburan tanah itu berbeza bukan pilihan kita - tetapi Allah memberi usaha kita untuk bercucuk tanam itu pada kita, pilihan kita, pada tanggungjawab kita. 

Sesunggunya, sudah hukum alam, sunnahtullah; kita akan mengutip hasil yang kita tanam. Orang yang berusaha menebas semak, mengcangkul tanah, menabur baja, menyiram dan menjaga tanaman - bekerja sepanjang musim pasti mendapat hasil walaupun tanah tidak berapa subur bukan?

Dan satu yang perlu kita - saya terutama dan kawan sekalian -  ingat, Allah memberi kita pilihan untuk berusaha, dan melihat kerja usaha kita itu. TETAPI, HASILNYA ADALAH DENGAN IZIN ALLAH. Setelah Allah merancang yang terbaik untuk kita. Lalu, selepas berpenat lelah; kita serahkan kepada Allah segala usaha kita dan meneruskan kehidupan sebagai hamba-Nya.


Exam bukan segala-galanya.

Masih dalam ingatan ketika itu, saya tamat peperiksaan Intermediate Cycle 1 dalam bulan Jun 2010, lalu menziarahi rumah seorang saudara.

Ditegur, "Ha, orang itu dah habis exam".

Spontan membalas, "Exam je habis, hidup panjang lagi". Terdiam juga yang menegur.

Oh tidak, saya tidak bermaksud untuk kerek disini. Letak itu jauh-jauh dan kita ambil isinya. Sebenarnya saya pun sendiri tak menjangka kata-kata spontan itu. Tetapi falsafahnya ada.

Rasionalnya, exam sekadar sebahagian kecil daripada cerita yang lebih besar - rujuk fakta kering diatas -.

Mengambil situasi kita sebagai menjadi seorang doktor memandangkan saya pelajar perubatan.

Tanya pada diri,
Anda belajar untuk menjadi seorang doktor, atau sekadar untuk  exam? 

Jawab soalan ini lagi, dalam diri dan berlaku jujur pada hati.

Kenapa saya tanya?  Sebab, dengan paradigma ini memberikan impak yang berbeza. Ini mengukur bagaimana motivasi dan persepsi kita terhadap proses pembelajaraan itu sendiri.

Jika anda sekadar belajar untuk exam - apakah matlamat anda selepas itu? Apa arah tuju anda selepas itu?
Sudahlah belajar perubatan ini banyak, penat belajar kemudian lupa. Lepas itu, semester baru mula. Apakah?

Tetapi, jika kita memengang paradigma 'menjadi doktor'; kita insyaAllah melihat exam ini sekadar sebahagian kecil daripada perjalanan. Sangat kecil, tetapi penting. Lalu, jika kita belajar untuk menjadi seorang doktor, kesungguhan dan motivasi kita untuk belajar, menguasai, dan memahami ilmu itu juga berbeza. Walaupun sesuatu itu tidak ditanya dalam exam, jika itu ilmu kita akan ambil tahu.

Melihat perkara ini, sebagai sesuatu yang lebih besar pernah anda cuba duduk dan bertanya pada diri, "Apa yang aku belajar semester ini?". Ya, untuk menulis ini, saya mengaku saya selalu bertanya pada diri sendiri soalan ini.

Jika betul kita belajar, insyaAllah exam adalah sesuatu tempat yang baik untuk kita menilai apa yang kita belajar - dan walaupun hidup memang tidak seindah tulisan ini -. Exam ini sekadar satu refleksi sepanjang apa yang kita lalui. Apa yang kita belajar sama ada secara langsung atau tidak.

Oh, realiti Kurus Perubatan itu sendiri begitu. Semakin kita meningkat tahun, strategi untuk belajar malam ini, dan jawab exam esok tidak lagi berkesan. Percayalah. Pembelajaran dalam kursus ini adalah sepanjang kursus, dan setiap pengetahuan itu dibina sedikit demi sedikit(lanjut tentang ini artikel Paradigma Building Block) .

Maka tentang ini, kita perlu faham dan sedar bahawa tanggungjawab dan amanah untuk kita belajar itu pada kita, pilihan ada pada kita. Selagi mana, seseorang itu tidak mengambil tanggungjawab untuk hidupnya, dia tidak akan mampu mencapai sesuatu yang hebat.

Maka ingat, kepada kawan-kawan, atau adik-adik yang buat perubatan; ingat antara ini.
Dan yang paling penting adalah belajar kerana Allah.


Lalu, atas apa yang telah berlaku , hidup perlu terus. Tidak peru banyak drama. Masa berlalu dan berjalan. Hidup perlu terus. Banyak lagi perkara dalam hidup untuk kita kejar, banyak lagi urusan yang perlu kita selesaikan. Apa yang kita kejar itu, dan kita perlu selesaikan itu - masing-masing daripada kita ada (lalu tak perlu saya tulis apa).

Kesimpulan
 Sebenarnya, banyak lagi nak ditulis tentang exam ini; kerana hidup ini pun adalah ujian , tetapi mari kita renung beberapa rumusan penting.

1. Peperiksaan itu sekadar satu set soalan yang perlu kita jawab - fakta kering-. Pada kita yang mendefinasikan bahawa exam itu susah, senang atau sebaliknya.Kita sendiri yang meletakkan makna terhadap sesuatu.  Saya megambilnya kering - lalu, saya tak mampu beri komen lebih daripada ini.

2. Kepandaian itu, bukan menjadi sebab untuk tidak berusaha jika kita mempunyai lebih atau merasa kurang. Pandai itu sekadar alat - atau kesuburan tanah - yang Allah telah beri pada kita sebaik perancangan-Nya!. Lalu, pada kita - tanggungjawab kita, pilihan kita - untuk berusaha, untuk bekerja. Sunnahtullah, kita mendapat hasil yang kita tanam, di dunia mahupun akhir sana!

3. Exam sekadar perkara kecil daripada sesuatu yang lebih besar. Belajar untuk menjadi doktor membuka minda kita untuk melihat setiap itu sebagai peluang, dan exam itu secebis daripadanya. Jika exam yang kita pilih, apa makna anda belajar selepas peperiksaan itu tamat?. Menjadi seorang doktor itu bukan satu malam, dan destinasi, tetapi satu perjalanan.

Sekadar itu perkongsian kali ini, insyaAllah bermanfaat. Peringatan untuk kita, terutama saya. Selamat merenung dan beramal.

InsyaAllah, moga bermanfaat,
Muhammad Iqbal A Ghani

Bookmark and Share

2 comments:

  1. kadangkala tak semua orang yang berpelajaran tinggi tu boleh berjaya..yang paling penting ialah usaha dan semangat untuk lakukannya

    Cityiklan
    Iklancoffee
    andaforex
    iklan percuma Online Malaysia

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. Saat dan ketika ini saya sedang putus asa, tidak semangat dan hilang kepercayaan diri utk m'hadapi exam yang bakal tiba.. Alhamdulillah.. saya diberikan petunjuk dengan menemukan blog ini.. Perkongsian yang cukup baik! Terima kasih..

    ReplyDelete