Assalamualaikum.
Selamat tinggal 2010,
dan segala yang telah datang lalu telah berlalu bersamanya.
Terima kasih. Alhamdulillah, banyak perkara yang berlaku;
dalam segala aspek hidup, yang telah membuatkan saya telah
banyak belajar. banyak telah saya membesar.
Tahun lalu;
banyak tangisan, dan cerita dengannya.
sedang senyuman saya pun, terasa lagi sakit;
lalu, alhamdulillah saya menjadi lebih kuat dan tabah.
Dan selamat datang 2011.
bahawa saya telah mengambil perjanjian;
dengan menutup semua cerita lalu, berlalu;
dan membuka lembaran baru.
insyaAllah,
lembaran baru ini -
bermula dengan satu.
menjadi hamba Allah yang lebih baik.
dan segalanya bermula daripada sini!
insyaAllah. =]
InsyaAllah, moga bermanfaat,
Muhammad Iqbal A Ghani
p/s:- tidak menulis panjang. exam hampir. tetapi isinya begitu. pekat. bermula daripada menjadi hamba Allah.
No comments:
Post a Comment