Outline
1. Fasa Baru
2. Berkongsi
3. Membina Jaringan
Apa khabar semua? Selamat datang!! Alhamdulillah, selepas hampir satu bulan blog saya ditutup; alhamdulillah, seperti yang saya tulis dalam notis tempoh hari bila blog ini kembali dibuka umum; insyaAllah berwajah baru dan menjadi wadah baru. InsyaAllah, seperti itu niatnya.
Fasa Baru
Alhamdulillah, selepas ini; banyak betul saya nak kongsi - walaupun secebis; dan tahun 2011 menjadi satu permulaan baru - dengan izin-Nya - kepada saya. Semua baru. Cerita baru, orang baru. Hidup baru. InsyaAllah.
Selepas bertahun berlalu semua lepas; saya mendapati bahawa hidup sememangnya begitu, dan masa terus berjalan. Sama ada kita, mahu membuang masa mengenang panjang; atau pada kita pilihan untuk belajar daripada pengalaman, lalu melakarkan cerita baru dalam lembaran-lembaran hidup kita. Kawan-kawan, pilihan ada pada kita, ditangan kita.
Penulisan selepas ini insyaAllah, akan lebih terbuka. Berbincang tentang tema, ke arah mana saya menulis itu, pohon kalian tekan tab 'Membaca Blog Ini' di atas. Ini adalah apa yang saya harap anda dapat daripada blog ringkas saya ini. Tertulis semoga anda tidak kecewa. Memang sengaja saya letakkan itu sebagai satu pos khas untuk mengingatkan saya menulis sebagai saya, daripada saya untuk ekspresi dan berkongsi. InsyaAllah, blog ini akan menjadi blog suara rasmi saya.
Berkongsi.
Sebenarnya, dalam hari terakhir dan sepanjang musim peperiksaan lalu; banyak sungguh yang saya belajar dalam tempoh singkat itu. Terutama perkara-perkara yang mengubah paradigma dan sudut pandang hidup.
InsyaAllah saya berkongsi.
Perkongsian itu mungkin saya akan tulis sedikit demi sedikit, masa demi masa. Apa pun, hidup ini terlalu tiada makna jika sesuatu yang sangat berharga disimpan seorang. Rugi. Sebab, apa yang hilang kalau kita berkongsi ilmu? Tiada. Bahkan, kita memdapat lagi ilmu daripada perkongsian tersebut.
Membina Jaringan
Oh, dalam pembukaan blog baru ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk pohon kawan-kawan tinggalkan link blog masing-masing untuk saya letakkan sebagai pautan. Saya sendiri juga akan berusaha untuk mengejar pautan-pautan tersebut.
Terutama sahabat perjuangan di bumi Dublin ini - walaupun jauh jarak dan tempat, tetapi kita tidak terpisah dalam ruang dan masa. InsyaAllah, kesempatan ini saya menghulurkan salam ukhwah, salam silaturaahim - dan dengan harapan dan doa saya dapat belajar lebih banyak daripada kawan-kawan.
Sekian dahulu nota ringkas sempena pembukaan kembali Nota Satu Nama. InsyaAllah semoga usaha kecil ini diberkati Allah, dan semoga kita - terutama saya dan kawan-kawan - dapat ikhlaskan niat dalam setiap perkongsian seadanya kelak.
Terima kasih semua, jumpa dalam nota akan datang!!
InsyaAllah, moga bermanfaat,
Muhammad Iqbal A Ghani
No comments:
Post a Comment