Wednesday, 28 December 2011

Nota: "Kenapa Nak Jadi Doktor?"

Assalamualaikum.
(amaran, ini adalah kisah peribadi dan panjang)
"Sesiapa yang suka apa yang dia buat, dia takkan penat. Biar macam mana pun penat, lelah, berjaga, tak cukup makan, kalau kita letakkan sepenuh jiwa atas benda tersebut, insyaAllah segalanya menjadi mudah, dan dimudahkan-Nya" 
Outline
  1. Tanya-tanya
  2. "Sebenarnya tak terfikir pun nak jadi doktor"
  3. Niat
  4. Kesimpulan

Have one, it's FREE!!


Lama sungguh saya tak tulis, dan ini secara rekod adalah tulisan pertama di tulis di Penang Medical College selepas pulang daripada Ireland. Apa yang membuatkan saya berhenti menulis daripada post terakhir? Apa yang membuatkan saya kembali menulis dalam post kali ini? Saya pun masih mencari jawapan daripada dalam diri. Tapi yang pasti sepanjang tahun ini, banyak sangat yang berlalu yang saya akan tulis satu demi satu. Tak janji, tapi betul , tahun 2011 adalah tahun yang besar bagi saya.

Tanya-tanya

Okay, apa cerita kali ini? Teringat waktu bila mula-mula dalam posting semester pertama di hospital, ramai sangat tanya satu soalan ini, "Awat nak jadi doktor dik?" soal seorang staff nurse, "Why you want to be a doctor?", seorang doktor intern tanya.

Sebenarnya bila fikir balik, daripada kecil tak pernah ada cita-cita nak jadi doktor.
Saya pun tidak pernah ada sesiapa dalam keluarga, sama ada daripada pihak emak dan ayah menjadi doktor.  Tidak pula terdedah dengan sesiapa yang menjadi doktor dalam kenalan terdekat. Seingat saya, apa yang saya tahu ayah saya pernah membeli dan memberikan kepada saya sebuat novel bertajuk, "Catatan Seorang Doktor" oleh Dr. Fanan Dimah yang berkongsi cerita & pengalaman beliau dalam perjalanannya menjadi seorang doktor. Itu sahaja.

Siapa sangka buku kecil ini menapakkan langkah pertama perjalanan perubatan saya yang panjang. 

"Sebenarnya tak terfikir pun nak jadi doktor"

" So, awat hang ada kat sini"? Orang boleh tanya.

Pendekkan cerita yang panjang, segalanya bermula apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2005 pada tahun 2006 diumumkan. Keputusan yang saya peroleh alhamdulillah elok. Dengan keputusan itu, pada pendapat saya ketika itu adalah untuk memohon melanjutkan pelajaran dalam bidang tertentu seperti perubatan, dan meninggalkan bidang lain untuk orang lain, terutama mereka yang mendapat keputusan rendah sedikit mengisinya, Jangan salah faham - saya bukan sombong dan berbangga dengan keputusan tersebut, cuma jika saya mengisi ruang-ruang tersebut, ke mana mereka yang lain akan pergi? Pasti mereka tidak berpeluang seperti saya untuk meminta bidang yang memerlukan keputusan yang lebih tinggi pada ketika itu. InsyaAllah semua ada hikmahnya.

Dan bermula daripada situ, saya memohon biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bidang perubatan. Soal memilih biasiswa ini pun aneh. Saya mempunyai kenalan satu tahun senior dan beliau telah memohon biasiswa MARA, tetapi dia telah berpesan kepada saya untuk memohon biasiwa JPA atas sebab-sebab tertentu. Tidak perlu dinyatakan sini apa sebab tersebut. Cuma, alhamdulillah syukur itu juga keputusan yang terbaik dalam perjalanan saya. Selepas beberapa minggu permohonan selesai, saya dipanggil untuk diadakan satu sesi pendedahan kerjaya doktor oleh JPA di Hospital Tuanku Fauziah Kangar, Perlis. Selepas beberapa hari melihat dengan mata sendiri tentang segala skop tugas doktor dan lain-lain, kami dipanggil pula untuk temuduga oleh JPA di Kolej Matrikulasi Arau. Pendekkan cerita lagi, beberapa minggu kemudian keputusan temuduga itu diumumkan dan saya terpilih untuk program "Perubatan Berkembar Ireland - Penang Medical College" - iya, itu yang tertulis dalam surat tawaran.

Dalam surat tawaran itu juga, saya diminta untuk lapor diri di International Education Centre (INTEC), UiTM Sekyen 17, Shah Alam. Saya perlu membuat persediaan selama 2 tahun sebelum terbang dalam program A-Level Medicine.

Sepanjang 2 tahun tersebut, adalah tahun-tahun terbaik dalam hidup, alhamdulillah. Tetapi, selepas dan sehingga saya dalam program A-Level tersebut, masih tiada minat lagi dalam kerjaya doktor. Apa yang saya tahu adalah belajar, bila exam belajar betul-betul dan jawab exam (menggunakan teori dalam post sebelum ini - Study - Jawab - Tawakkal - Tunggu result). Saya tidak mahu cerita lebih tentang 2 tahun INTEC tersebut disini. InsyaAllah dalam post-post lain.






Lalu, selepas 2 tahun di INTEC, pada awal tahun 2008 pelajar dalam program Penang Medical College perlu ditemuduga untuk mendapat tempat di kolej tersebut. Saya, dengan bangganya bersama-sama separuh daripada rakan sekelas saya gagal temuduga tersebut kerana kami mendapat panel 'interviwer' yang sama dan bagi saya *maaf* sangat racist. Tak perlu berbicara panjang memandangkan beliau tidak lagi berada di Penang Medical College sekarang. Tetapi pengalaman tersebut amat bermakna.

Keputusan interview keluar dalam bulan 3, manakala kami mengambil peperiksaan  A-Level pada bulan 6. Sepanjang 3 bulan tersebut, sebenarnya staus saya sebagai pelajar perubatan ke Ireland adalah "kosong, dan tiada harapan, cuma banyakkan berdoa" seperti kata Koordinator Program A-Level ketika itu yang terlalu mengambil berat anak-anak emas beliau dalam kelas A-Level yang akan belajar sepenuhnya di luar negara dan membiarkan kami yang tiada harapan ini terkapar. Okay, fine.

Ya, saya mengambil A-Level dengan tiada tujuan, tiada harapan cuma meletakkan sebaik-baik doa kepada Allah dan yakin dengan pertolongan-Nya dan perancangan-Nya. Apabila A-Level tamat, dan kami ber'graduasi', sama ada saya terbang ke Ireland masih samar-samar. Dalam masa itu, JPA memberi peluang kedua untuk kami yang 'gagal' dan tertinggal untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan ini di beberapa universiti di Rusia - ya, saya hampir menjadi pelajar perubatan Rusia! =].

Tapi, macam mana hang boleh mai Ireland pulak?

Itulah, bila fikir balik terasa macam nak menangis saja. Betul. Bila renung balik, betapa hebatnya Allah merancang dengan sebaik-baik perancangan. Selepas keputusan A-Level keluar, alhamdulillah sekali lagi Allah mudahkan saya dengan keputusan yang baik. Tetapi, ketika itu tempat untuk ke Ireland memang tidak dapat ditentukan.

Saya masih ingat, dengan jelas di dalam bilik Koordinator tersebut, apabila beberapa orang kami yang gagal (baca: DIGAGALKAN) oleh temuduga yang sama tetapi mendapat keputusan yang elok. Seorang daripada kami, IA (nama ringkas) berkata, " Saya tak kira, macam mana pun saya nak pergi Ireland juga". "But, you have to accept it, if you are not meant to be there, you will no be there," itu kata Koordinator kami.

Saya yang sudah tidak kisah apa jadi ketika itu, betul-betul tidak kisah, dah sampai tahap reda tingkat tinggi. Saya yakin Allah telah janjikan yang terbaik.

Lalu, saya pun balik ke Perlis dan menguruskan borang permohonan ke Rusia dan selesaikan segala pemerikaan perubatan (Medical Chekcup). Menarik, apabila saya 'diumukan' sebagai pelajar di Rusia, tiada seorang pun mana-mana senior datang mencelah, atau menolong seperti rakan-rakan akan ke Ireland.

Juga, untuk program predeparture, saya hanya tahu pun pada saat-saat akhir dan itu dianjurkan oleh IMAM Ireland. Mereka yang pertama sudi menerima saya walaupun tahu saya akan ke Rusia. Alhamdulillah, sejak daripada itu, IMAM Ireland sangat dekat dalam hati saya.  Ya, perkara kecil tersebut pun, memberi impak yang besar.

Selepas selesai predeparture tersebut, selesai Kem Biro TataNegara (tidak perlu diceritakan lanjut), saya sudah bersiap-siap untuk ke Rusia. Tetapi, ketika itu kami mendapati berita bahawa akan ada pengambilan pelajar ke Ireland dalam saat-saat akhir.



Dalam 2 hari saat-saat akhir tersebut, seorang kawan saya yang 'gagal' itu juga memberitahu yang dia mendapat panggilan daripada JPA. Tetapi saya belum. Sedih juga. Kemudian esoknya hari terakhir, saya menunggu panggilan JPA daripada pagi sehingga petang, tetapi tiada. Sungguh, ketika itu sudah pasrah habis. Sudah tidak kisah, sudah reda. Tiba-tiba dalam pukul 4.30 petang, pada hari terakhir tersebut saya mendapat panggilan yang telah mengubah perjalanan hidup saya.

Alhamdulillah, syukur. JPA memanggil untuk datang ke Putrajaya esok (apekah? saya di Perlis ketika itu) untuk taklimat bagi pelajar yang akan terbang ke Ireland. JPA mengumumkan juga bahawa saya mendapat tempat di Royal College of Surgeons in Ireland.

Eer.. panjangnya? Hahaha. Mestilah, rasanya sudah lima tahun sejak keputusan SPM 2005 keluar. Kenapa saya sengaja tulis panjang tentang perkara diatas? Supaya anda faham bahawa perjalanan saya dalam perubatan ini bermula dengan sangat aneh.

Tidak seperti rakan-rakan yang lain yang mendapat 'panel interviewer' dimana mendapat panel tersebut beerti sebelah kaki telah dapat tempat - dan pergi interview untuk masukkan kaki sebelah lagi.

Perjalanan dimana dalam hidup saya berada dalam persimpangan yang sangat berbeza hujungnya tetapi hanya dibezakan dalam beberapa minit dan satu panggilan telefon. Memahami bahawa kita, sebagai hamba Allah merancang; tetapi perlu ingat Allah juga merancang dengan perancangan yang lebih balik dan indah.

Memahmi bahawa, jika Allah mengkehendaki sesuatu - walaupun sejauh mana pun kita pernah tersimpang dengan perancangan Allah tersebut, Allah dengan kuasa-Nya terlalu mudah untuk memastikan takdir itu terlaksana. Seperti perjalanan menuju destinasi sama tetapi Allah memberi jalan-jalan yang berbeza.

Okay kemudian? Rasanya saya tak perlu masukkan panjang lebar 2 tahun di Ireland. InsyaAllah dalam ruang dan luang lain kelak. Tetapi sepanjang  2 tahun 6 bulan tersebut, saya mula memahami bahawa perjalanan yang datang lepas ini tak mudah. Betul-betul tidak. Saya mula memahami beberapa perkara penting dalam menguasai ilmu-ilmu perubatan ( dan ilmu-ilmu lain) yang saya bincangkan dalam post-post sebelum ini.

Niat

Apa yang saya nak cerita adalah selepas pulang. Selepas pulang, barulah cabaran bermula. Seolah-olah dibangunkan daripada mimpi panjang. Apabila di Penang Medical College, segalanya baru, dan agak menakutkan. Kehidupan di PMC tidak sama seperti di Ireland. Sini, dalam minggu kedua kali telah dicampak ke Hospital Pulau Pinang, bagi sesi pembelajaran klinikal pada waktu pagi, dan bila petang, kami mempunyai lecture dan tutorial pada setiap hari. Adalah kebiasaan untuk bermula pada pukul 8 pagi, dan habis dalam 5-6 petang. Penat, sangat penat.

Pengalaman sesi pembelajaran klinikal di hospital juga salah satu perkara yang tidak dapat lupa. Daripada sini,s aya memahami bahawa pentingnya persekitaran, terutama siapa kawan-kawan kita dalam menentukan kita gagal atau berjaya.

Percayalah, pesan Rasulullah itu tentang penjual minyak wangi dan penempa besi itu sangat benar.

Jika anda bernasih baik, anda akan mendapat kumpulan yang terdiri daripada pelajar yang bertanggungjawab dalam pembelajarannya seperti tidak akan ponteng sesi klinikal, tidak datang lewat dan menyusahkan orang lain, tidak ponteng syarah dan tutorial. Segala masalah tersebut bermula daripada sikap, bermula daripada dalam diri, bermula daripada mentaliti. Kalau kita seorang sahaja yang bersemangat, tetapi yang lain bermain-main, lama kelamaan kita akan jadi penat, dan retak. Itu satu soal tentang kumpulan.

Soal tentang pesakit juga pelbagai ragam, karenah, cerita dan gaya. Taburan pesakit di hospital juga pelbagai bangsa, dan daripada latar belakang berbeza. Dan merekalah guru-guru terbaik - sama ada tentang sakit yang mereka hidapi sehingga pelajaran tentang kehidupan. Walaupun kadang-kadang terdapat perbezaan bahasa dan budaya, itu tidak menjadi masalah sangat rasanya. InsyaAllah bersyukurlah dengan ini.



Dan doktor-doktor yang mengajar kami juga baik. Walaupun ada kelompok 'istimewa' yang selalu marah dan menengking, saya mengambil tiap patah perkataan mereka sebagai nasihat dan terima dengan senyuman. Tapi, kalau dah kena sound itu, agak pedih juga lah.

Bukan sekadar otak!

Tetapi dalam semua itu, saya baru menemukan apa erti menjadi seorang doktor, dan masih dalam perjalanan dalam memaknakan definisi tersebut. Bila sudah mula ke hospital, berjumpa dengan pesakit, berinteraksi dengan staf-staf di ward, itu memberikan satu realiti baru.

Realiti yang menolak anggapan bahawa, "kalau kau pandai, dah cukup ". Untuk mengharungi realiti ini, saya mendapati bahawa sesuatu yang lebih penting daripada otak itu sendiri , iaitu hati. Bahawa sesiapa yang mempunyai jiwa yang kental hanya mampu untuk menghadapi cabaran bukan akademik dalam perjalanan menjadi seorang doktor.

Jadi, siapa cakap nak jadi doktor tu senang?

Bila saya mula memahami apa sebenarnya dunia perubatan ini, ketika itu dah sangat terlambat untuk patah balik. Ramai kawan-kawan saya cakap macam itu. Saya setuju, sepatutnya pendedahan bahawa teruknya realiti menjadi doktor ini didedahkan lebih awal lagi, sebelum keputusan SPM keluar.

Ramai yang salah anggap bahawa dengan jadi doktor ini, anda akan kaya, dipandang tinggi dan lain-lain. Itu benar untuk 20-30 tahun lepas, tetapi tidak sekarang. Kerjaya doktor ini kerjaya perkhidmatan, kerjaya hati, kerjaya daripada hati.

Apa yang penting niat. Betul, apa yang penting niat, motif, matlamat, objektif. InsyaAllah kalau niat kita dalam sesuatu itu betul, baik - maka Allah akan mudahkan dengan jalan yang tidak disangka-sangka. Begitu juga dengan menjadi doktor. Niat kena betul, hati kena ikhlas.



Untuk menjadi seorang doktor yang baik terhadap pesakit, pertama sekali dia perlu mempunyai hati yang cukup baik. Hati untuk bersabar dengan segala karenah pesakit, boss (specialist), staff nurses, dan semua staff yang lain. Hati untuk terus kuat, dan tabah dalam melalui hari-hari yang penat, dan on-call yang tidak pernah sudah. Hati yang penuh ikhlas untuk memberi tanpa mengharapkan balasan, sehingga tidak kisah sama ada orang itu mengucapkan terima kasih atas tidak.

Dia melaksankan tugas dan amanahnya kerana Allah, dan bersyukur kepada Allah dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepadanya.

Dan saya, secara peribadi, dengan diam mula menyukai perjalanan ini. Kenapa? Alhamdulillah, setakat ini bidang ini adalah bidang yang mampu menolak ke tahap maksima saya. Menolak saya untuk keluar daripada comfort-comfort zone, dan dengan itu membuatkan saya terus, sentiasa membesar dan belajar. Bidang ini adalah bidang yang bagi saya, saya rasa secara ilmiah dan intelektuallnya puas. Jurusan ini mengajar saya untuk menjadi baik, dan memberi lebih baik. Mendorong saya supaya lebih kuat, lebih tabah dan bersedia dengan segala kemungkinan.

Setinggi syukur kepada Allah yang telah mengatur perjalanan ini, terbaik untuk saya.  Walaupun dengan macam-macam masalah luaran, tetapi itu bagi saya adalah cabaran, ruang dan peluang untuk saya mendapat sesuatu yang baru. Ya, meski sibuk dalam belajar perubatan itu sendiri, bersyukur sangat Allah memberi kesempatan saya untuk berkhidmat, bergiat dan berbakti dalam banyak persatuan, dan pelajaran saya molek. Barangkali, itu adalah keberkatan-keberkatan yang Allah mudahkan bagi saya. Alhamdulillah.

Perjalanan ini, memenukan saya hakikat diri saya sebagai seorang hamba Allah, dan dengan bidang ini saya menjadi khalifahnya. Dengan bidang ini, atas kelebihan yang Allah berikan kepada saya moga menjadi ibadah kepada saya dan menjadi medan untuk menyemai syukur kepada-Nya

Lalu, bila orang tanya sekarang kenapa nak jadi doktor?

Saya akan jawab ringkas,

"kerana Allah, sebagai medan ibadah dan manfestasi khalifah. biar kerjaya ini menjadi kanvas untuk saya melakarkan kesyukuran, dan lembaran untuk saya mencoretkan kehambaan"



Kesimpulan.

1. Allah sebaik-baik perancang, lalu jika apa yang Allah tetapkan untuk kita walaupun kita kelihatan jauh daripadanya, kita akan tetap dapat atas apa yang Allah telah takdirkan. Maka, bersyukurlah dan yakin pada-Nya.

2. Ruang untuk belajar dan membesar itu banyak, bahkan setiap yang baik dan buruk itu terdapat sesuatu hikmah di dalamnya. Sama ada kita sedar atau kita, mengambil pelajaran atau tidak, itu bergantung.

3. Sesuatu yang susah menjadi mudah, lagi dipermudahkan mengikut niat. InsyaAllah. Buatlah kerana Allah, berilah tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran. Cukuplah pahala daripada sisi Allah.

4. Setiap daripada kita, punya kelebihan, kekuatan dalam bidang masing-masing. Kita tidak boleh paksa ikan untuk terbang, dan burung untuk berenang. Tetapi, gunakan dan kembangkan kelebihan dalam bidang masing-masing itu, dan beri manfaat kepada orang lain dengan.

InsyaAllah, moga bermanfaat,
Muhammad Iqbal A Ghani

Bookmark and Share
Disclaimer:
1. Ini adalah sekadar pandangan dan perkongsian peribadi penulis.
 2. Segala yang tertulis berdasarkan pembacaan, penelitian, perkongsian, perbincangan, pemahaman dan pengalaman penulis.
 3.Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kerosakan ataupun kemusnahan harta benda / kehilangan jiwa yang timbul daripada artikel ini.
 4.Tiada hak cipta dalam Islam, maka artikel ini bebas untuk dikongsi sebagai peringatan kita bersama.
5. Gambar adalah hiasan dan hak milik masing-masing pemilik asal mereka.

11 comments:

  1. Good Luck n All The Best to you.

    May you achieve your ambition.
    If you graduate, and work in one of the hospital at anywhere. Just an advice from me, be a successful doctor.

    Sincerely,
    Sick Child.
    kisahhidupku89@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Truly is, i lost my confidence toward medical people (doctor, nurse etc). I hate these people.
    Bt what can i do? these people is part of my life. Yes, Im a sick child.

    But 4 you, Anggaplah comment ini sebagai cabaran buat penulis untuk berjaya dan buktikan anggapan saya ini salah.

    Sincerely,
    Sick Child.
    kisahhidupku89@gmail.com

    ReplyDelete
  3. salam.

    terima kasih for this info n ur writing. at least it make me realize i'm not alone

    dan insyaAllah jalan ini akan bermanfaat kpd diri, keluarga, masyarakat dan umat Islam.Ameen

    from [student 4th yr mdic yg kdg kala mcm sesat dlm menjwb persoalan knapa pilih jalan ini =)]

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.... Tqvm for your writing.... tq sbb mengingatkan sy kembali kenapa course perubatan jugak yg sy ambil... tqvm.... semoga Allah memberkati kamu...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah your post is very inspiring. may Allah ease your way to be a good doctor inshaa Allah :)

    ReplyDelete
  6. alhamdullilah .. post awak sgt membantu saya untuk sya lebih berkeyakinan dan arah tuju seorang pelajar... thanks ^^

    ReplyDelete
  7. ape kelebihan dan kekurangan menjadi seorang doktor perubatan??

    ReplyDelete
  8. terima kasih tulis pos ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Post yang sangat memberi semangat kepada saya utk berkhidmat sbgai khalifah Allah di bumi sebagai seorang doktor.

      Delete
  9. wahh.. bestnya,, nyesal pulak x blajar rajin2 untuk jadi seorang doktor. bace entri awak n tengok drama korea 'emergency couple', mmbuatkan saya jadi obses dengan kerjaya sbagai seorang doktor

    ReplyDelete
  10. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete