Sunday, 16 September 2012

Nota Emosi: 5th FIMA International Conference, 13-15 September 2012

Assalamualaikum,

 Sepanjang 13-15 September yang lalu, saya telah pergi ke kuala lumpur untuk menghadiri satu conference. Tapi, penulisan ini bukan untuk berkongsi penuh setiap pengisian sepanjang conference tersebut, tetapi sebagai kanvas saya merakam emosi sepanjang perjalanan tersebut.



 Ya, emosi. Bukan sebarang emo. Dalam pemerhatian saya, saya lebih ikhlas menulis bila bersama emosi, merakamnya untuk rujukan kelak. Jadi sesiapa yang nak tahu apa yang dikongsikan dalam sesi tersebut maaf, saya tidak menulis tentang ini. Anda boleh melawat laman-laman blog yang lain barangkali!

 Jujurnya, saya sangat bersyukur saya datang kali ini. Bersyukur dengan peluang yang Allah beri untuk saya lari jauh sejenak daripada hiruk pikuk akademik yang tak pernah sudah, kepada satu perjalanan yang membuka mata dan mengejarkan jiwa. Exactly, menyegarkan jiwa. Soul resfreshing.

Sunday, 9 September 2012

Nota Bayi & Masa

Assalamualaikum! 




 1. Dalam beberapa minggu di bahagian perbidanan dan sakit puan (Obstetric and Gynaecology), saya memerhatikan satu perkara yang bagi saya wajar dicatatkan.

 2. Bahawa untuk setiap sesuatu ada masa yang betul, dan setiapnya ada masa yang tersendiri.

 3. Ini adalah sebahagian sunnahtullah yang mungkin terkadang kita terlepas pandang.

 4. Secara amnya, orang awam faham bahawa selalunya kandungan itu adalah dalam tempoh 9 bulan 10 hari, atau jika bercakap dengan doktor-doktor O&G ini, mereka bercakap dalam minggu - maka 9 bulan 10 hari itu bersamaan 40 minggu 10 hari. 

 5. Ya, 9 bulan 10 hari atau 40 minggu sepuluh hari diperlukan untuk satu embrio ( hasil percantuman telur lelaki i.e sperma dan telur wanita (ovum) yang tersenyawakan menjadi seorang bayi yang cukup sifat dan selamat untuk lahir dan hidup di dunia ini bersama-sama manusia lain tanpa sebarang masalah atau komplikasi semasa kelahiran. 

 6. Apa terjadi jika bayi tersebut lahir lebih awal, misalnya pada 34 minggu berbanding pada masa sepatutnya ( dalam O&G, tempoh masa yang dianggap bayi telah matang adalah pada 37-40 minggu). Bayi tersebut akan mengalami masalah untuk menyesuiakan hidup dengan keadaan luar. Kenapa? 

Saturday, 25 August 2012

Post Pendek: Menulis Itu Sesuatu Yang Seronok

Assalamualaikum, 

Tahun ini tahun yang menarik. Tahun yang banyak cerita peribadi yang jika saya kongsikan disini hari demi hari, memang tak habis. Tapi, dalam berniat nak kongsi, semua itu tertangguh satu demi satu, hari demi hari sampai kisah-kisah itu tenggelam terbenam dengan masa.

Menulis adalah sesuatu yang seronok. Setidaknya pernah menjadi sesuatu yang seronok bagi saya, secara peribadi; tapi apa yang menghalang saya untuk duduk sejenak, menekan kunci-kunci aksara pada papan kekunci ini, tidak mampu saya jelaskan. Boleh jadi kemalasan, boleh jadi itu sesuatu yang lebih dalam, yang lebih tersembunyi dan terselindung jauh dalam jiwa saya, yang diterjemahkan dengan penangguhan demi penangguhan.

Ya, manifestasi jiwa dalam beberapa isu yang tidak selesai menyebabkan saya kadangkan terhenti, buntu dan kelu. Oleh sebab itu, semasa saya membuat blog saya yang entah keberapa ini, saya tak berani janji untuk meletakkan pos yang tetap, tetapi insyaAllah dengan izinya akan menulis daripada semasa ke semasa.

Menulis itu adalah suara-suara saya yang tak pernah terungkapkan dengan kata-kata kerama saya ini suka memilih untuk diam, tetapi diabadikan untuk kenangan dan ingatan. Tidak kisahlah sama ada kenangan dan ingatan itu secara peribadi, untuk sesesiapa yang singgah disini dan untuk mereka yang datang pada masa akan datang.

Dahulu, saya semasa kanak-kanak yang masih tidak mengenal dunia; menulis dengan penuh suka dan menyimpan makna-makna dalam satu blog yang kemas. Blog yang indah ditatap mata dan dibaca. Tetapi seperti yang ditulis saya dalam 'entri gila' yang lalu, penulisan itu dihentikan kerana penulisan suka itu diperhatikan oleh satu kumpulan yang menggunakan apa yang ditulis itu sebagai peluru-peluru untuk menjatuhkan hukum. Daripada itu, saya memilih untuk sepi, dan lari sehingga tidak lagi dihiraukan oleh mereka. Alhamdulillah, sekarang sudah saya tidak lagi dihiraukan oleh mereka.

Tetapi, harga untuk itu adalah mahal. Adalah masa, adalah hari-hari yang berharga, tetapi tidak dinukilkan dan dikongsikan. Harga terlalu mahal. Saya dengan bangganya menjadi seorang yang terbuang dan tidak dikenali. Baguslah, saya sendiri tahu bahawa itu adalah harga yang perlu saya bayar untuk lari jauh-jauh daripada dunia tersebut.

InsyaAllah, walaupun saya tidak mahu berjanji; saya akan singgah diblog ini dan berkongsi sedikit demi sedikit. Banyak cerita. Banyak tangis daripada tawa. Semua itu adalah satu kesyukuran yang saya tidak pernah sesalkan.

Ya Allah, aku memohon ampun daripada-Mu, dan berkatilah jalan-jalan yang akan datang. 



InsyaAllah, moga bermanfaat,
Muhammad Iqbal A Ghani

Bookmark and Share 


Disclaimer: 1. Ini adalah sekadar pandangan dan perkongsian peribadi penulis. 2. Segala yang tertulis berdasarkan pembacaan, penelitian, perkongsian, perbincangan, pemahaman dan pengalaman penulis. 3.Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kerosakan ataupun kemusnahan harta benda / kehilangan jiwa yang timbul daripada artikel ini. 4.Tiada hak cipta dalam Islam, maka artikel ini bebas untuk dikongsi sebagai peringatan kita bersama. 5. Gambar adalah hiasan dan hak milik masing-masing pemilik asal mereka.

Monday, 14 May 2012

Post Pendek: Relatif Masa

Assalaumualaikum.

Sebaiknya saya mengingatkan anda, selepas lama tidak menulis ini; tulisan kali ini adalah lebih bersifat peribadi. Barangkali anda tertanya pada hujungnya, "Apa yang aku baca ni?" . Tidak mengapa, moga ada yang dapat bermanfaat. Yang tak dapat itu, tak apalah.

Seadanya saya ini dengan masa terikat. Bahawa daripada mana saya datang mengikat saya dalam beberapa puluh tahun belakang berbanding rakan-rakan sebaya.

Maksudnya, pembawaan atau pembesaran saya yang dengan bangganya jauh di kampung asalnya menjadikan saya dan beberapa rakan sebaya yang membesar di bandar itu beberapa tahun ketinggalan daripada mereka.

Faham?

Jika tidak, tidak mengapa.

Secara mudah, masa adalah sesuatu perkara yang relatif. Relatif itu hanya wujud jika terdapat sesuatu yang dibandingkan. Jika kita mengambil dalam satu-satu masa satu tempat di kampung, contohnya lalu dibandingkan dengan satu masa di bandar, pasti nilai masa antara dua tempat itu tidak masa.

The Proud Kampung Boy 

Kompleks?

Mudahnya lagi, berbanding bandar yang sudah maju, kampung itu ketinggalan beberapa tahun secara relatif walaupun dua-dua tempat itu berada dalam satu titik masa yang sama, contohnya tahun 2012. Okay, kalau tidak faham lagi, tak apalah. =)

Maka dengan relatif ini, kita dapat melihat juga relatifnya sesuatu pemikiran antara mereka yang dibesarkan di bandar, dengan jauh mereka  yang sepanjang hidup mereka di suasana kampung.
(Dan saya tidak berminat dan berniat untuk merendahkan martabat orang kampung sebab saya sendiri adalah seorang budak kampung. =))