Assalamualaikum.
Jika lesen memandu anda hilang
1. Jika anda kehilangan lesen kereta motor, sila buat gantinya dengan cepat. Jika tidak anda boleh disaman dan dipanggil ke mahkamah.
2. Untuk buat, anda perlukan duit. Okay, duit. RM 20. Tidak lupa anda perlukan juga satu salinan kad pengenalan dan sekeping gambar terbaik anda. Sila jangan lupa itu, jika tidak anda hanya membuang masa berulang alik ke rumah dan ke JPJ negeri anda.
3. Beritahu kaunter pertanyaan yang anda mahu melaporkan lesen yang hilang dan buat lesen baru. Mereka akan beri borang. Isi dan ambil nombor giliran anda.
4. Sila bersabar, anda akan dilayan sebentar lagi - itu ditulis semasa anda menunggu. Tunggu sehingga nombor anda dipanggil.
5. Tidak lama, dalam 10 minit bergantung kecekapan orang yang ada di kaunter. Jangan lupa IC anda juga.
Jika anda belum daftar memilih.
1. Mengundi adalah tanggungjawab anda sebagai warganegara Malaysia dan undi anda adalah rahsia.
2. Jika anda telah berusia 21 tahun, dan belum mendaftar, sila berdaftar segera. Masa depan negara di tangan anda. Setiap undi membawa padah.
3. Selalunya booth atau gerai SPR ada di merata tempat, walaupun di dalam bangunan JPJ Negeri. Maka, tiada alasan lagi untuk beralah.
4. Untuk mendaftar anda perlu bawa IC. Itu saja. Oh ya, anda juga perlu hadir, jangan lupa bawa diri. Bawa IC dan diri.
5. Bergantung kepada nasib anda dan kerajinan pengawai pendaftar, anda perlu mengisi borang atau sekiranya pegawai itu terlalu bosan kerana tiada orang mendaftar sehingga bermain Counter Strike, beliau sendiri akan mengisinya untuk anda dan anda cuma perlu tandatangan.
6. Selesai, percuma dan tiada pembayaran dikenakan. Anda sudah boleh mengundi dalan Pilihan Raya Umum ke 13 nanti dalam kawasan masing-masing.
7. Sekali lagi, undi adalah rahsia.
Jika anda ingin membuka akaun baru di bank.
1. Anda perlu siapkan beberapa dokumen sebelum bergempur ke bank. Jika tidak, anda hanya membuang masa anda berharga itu.
2. Pastikan anda ke bank lebih awal untuk bertanya apakah dokumen yang perlu untuk permohonan tersebut. Sebaiknya anda mendapatkan borang permohonan lebih awal dan isi di rumah.
3. Selalunya anda perlu bawa IC. Itu pasti. Jangan lupa salinan IC, itu wajib. Mungkin juga anda perlu salinan lesen walaupun bukan efektif kepada semua bank.
4. Anda perlu ingat beberapa fakta penting orang selain daripada anda, terutama no kad pengenalan ibu atau bapa anda. Percayalah, jika tidak jenuh anda perlu memanggil salah seorang daripada mereka untuk maklumat tersebut. (dan membazir masa serta kredit panggilan)
5. Sila berjumpa dengan sesiapa dikaunter pertanyaan untuk memudahkan permohonan anda serta minta beliau semak maklumat borang anda supaya tidak ada apa yang tertinggal.
6. Kemudian baru ambil no giliran. Sila pastikan no giliran anda betul. Tengok betul-betul. Jika tidak anda akan sekadar memalukan diri anda apabila tersalah no giliran. Tambah lagi bila anda dengan yakinnya ke kaunter dan orang yang mempunyai no sebenar ada di belakang anda. Jika itu berlaku, sila dengan machonya bergerak dengan pantas dan berlakon seperti tiada apa yang berlaku.
7. Sila tunggu sehingga anda dipanggil. Ini bergantung kepada ramainya orang dan betapa efektifnya perkhidmatan bank tersebut.
8. Anda mungkin ingin mengaktifkan perkhidmatan perbankan internet dan sms di mesin atm berdekatan.
9. Selamat mempunyai akaun bank baru, simpanlah untuk masa hadapan.
Jika anda ingin membuat kad keahlian di perpustakaan negeri.
1. Jangan lupa ke kaunter pertanyaan. Prosedur keahlian pasti berbeza antara negeri.
2. Bawa bersama salinan kad pengenalan, juga sekeping gambar terbaik anda serta fulus. RM 10 untuk negeri Perlis, berbeza juga di antara negeri.
3. Sila isi borang yang diberikan oleh pegawai di kaunter itu, serta semak sebelum memulangkannya bersama-sama perkara yang disebut dalam point nombor 2.
4. Sila tunggu sehingga pendaftaran anda selesai. Anda juga akan mendapat kad keahlian perpustakaan anda yang melayakkan anda meminjam 3 buah buku untuk satu tempoh. Kad keahlian itu bertahan selama setahun.
5. Sekali lagi diingatkan, prosedur antara negeri berbeza.
Jika anda ingin membeli setem dan mengepos.
1. Seeloknya anda semak dahulu benda yang ingin dipos sama ada pembungkusannya dan yang paling penting alamatnya.
2. Tidak guna juga anda berjaya mendapat setem tetapi tiada alamat. Membuang masa lagi jika anda perlu pulang ke rumah semata-mata ingin mengambil alamat itu.
3. Pastikan anda tidak berada di pejabat pos pada waktu puncak. Jika tidak anda akan mendapat seorang yang beratur di kaunter setem yang sama membawa 50 lebih surat untuk dipos dan anda hanya mempunyai satu surat. Sebelum itu setem perlu dibeli. Apatah lagi jika perlu ditimbang setiap satu surat tersebut untuk menentukan setemnya. Boleh jadi ketika anda datang, barisan kaunter setem kosong tetapi apabila menanti 50 surat itu selesai ditimbang dan dibeli setemnya, barisan itu terlampau panjang dibelakang anda.
4. Tarif pos juga telah naik. 1 gram saja dapat membezakan sama ada surat anda itu perlu setem RM 1 atau RM 2. Jadi, alang-alang lebih beberapa gram telah menambahkan RM 1, tambahlah lagi supaya pelaburan anda itu berbaloi.
5. Sila semak sehabisnya kekuatan bungkusan dan alamat penerima sebelum anda menampal setem dan memasukkan surat itu ke dalam peti surat yang berkenaan. Oh, semak juga peti surat yang berkenaan. Jangan tersikap memasukkan ke peti 'Perlis sahaja' jika anda ingin menghantar ke Pahang. Itu patut dimasukkan ke peti 'Lain-lain tempat'.
6. Sila banyak bersabar ketika anda dipejabat pos. Pejabat pos yang kecil belum tentu lapang daripada pejabat pos utama.
Kesimpulan
1. Belajar daripada cerita ini, jika tidak anda akan mengulangi perkara yang sama. Jika itu terjadi anda sekadar membazir masa, tenaga dan wang (secara langsung atau tidak)
2. Mengambil pelajaran daripada apa yang telah berlaku, dapat menjadikan kita lebih berhati-hati dan efektif dalam mengatur tindakan kelak.
3. Anda perlu salinan kad pengenalan, salinan lesen memandu dan sekeping gambar jika ingin berurusan dengan urusan-urusan rasmi kerajaan sama ada persekutuan ataupun negeri.
4. Alhamdulillah, bersyukurlah kepada Allah yang telah memberikan kita nikmat yang terlalu banyak.
Moga bermanfaat!
sempena UPSR yg nak dekat ni.. nak try guna karangan upsr la..
ReplyDeleteAnalisis yang saya dapat daripada nota ini adalah pertama, abang iqbal telah kehilangan lesen memandu lantas membuat yang baru. Dia juga baru cukup umur untuk mendaftar sebagai pengundi tahun ini maka, dia pun mendaftar di booth spr tetapi rasanya dia kena isi borang sendiri.
penatnye buat karangan..
2- Pergi buat account bank, tpi xbanyak maklumat.. kne call org rumah tny soalan.. ish3x..
3- pergi pejabat pos untuk pos juzuk.. penyebab kepada kesesakan lalu lintas di pejabat pos.. tension juga sbb harga pos yang melambung tinggi.. isk3x..
3-oh lupa! jangan lupa buat kad perpustakaan negeri.. *peringatan yang sgt berguna utk saya.. tq2x..
itu saja dri saya.. hak3x.
nice info, terima kasih ye... dan tak lupa juga selamat hari raya.
ReplyDelete