Thursday 23 September 2010

Nota Jika Anda(ii)

Assalamualaikum

Broadband Celcom

1. Perkhidmatan Jalur Lebar (Broadband) adalah kebiasaan sudah pada masyarakat kita sekarang, terutama kepada para pelajar. Maka, boleh jadi anda ingin dan memerlukan perkhidmatan broadband tersebut.
2. Terdapat pelbagai syarikat telekomunikasi Malaysia menyediakan perkhidmatan tersebut, seperti Maxis, Celcom, Digi serta U-mobile bagi mereka di daerah Lembah Klang dan Kuala Lumpur.
3. Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan Celcom Broadband, anda boleh pergi ke pusat Pengedar Diiktiraf(Authorized Dealer) Celcom berdekatan anda.
4. Pergi ke kaunter dan kemukakan hajat anda. Sungguh, jika penjaga kaunter itu kelihatan seperti berbangsa India, jangan terkejut jika beliau mampu bertutur dalam bahasa Mandarin dengan fasih sekali. 1 Malaysia sungguh.

5. Anda akan ditanya pakej mana yang anda inginkan. Anda boleh minta risalah yang menerangkan pakej perkhidmatan yang disediakan, dan jika anda malas, sila tanya kepada penjaga kaunter tersebut.
6. Sekali lagi, sila bawa wang serta kad pengenalan. RM 100 untuk deposit dan kad pengenalan anda yang sah diperlukan untuk pendaftaran perkhidmatan tersebut.
7.  Kemudian anda diminta untuk mengisi beberapa butiran diri serta diminta alamat untuk penghantaran bil.
8. Perdaftaran selesai dan anda akan diberi Modem USB broadband.
9. Anda boleh menggunakan perkhidmatan broadband 2 jam selepas pendaftaran anda.
10. Pembayaran boleh dilakukan kelak apabila bil sampai melalui tunai di pusat itu atau mana-mana pusat Celcom atau anda boleh membayarkannya secara atas-talian (online) melalui (Perbankan Internet) Internet-banking.
11. Untuk bil 2 bulan pertama, terdapat beberapa caj tambahan dan pada bulan ketiga dan seterusnya, barulah anda perlu membayar seperti tercatat dalam pakej anda.
12. Tiada kontrak untuk perkhidmatan ini. Maksudnya anda boleh menamatkan broadband bila-bila masa yang anda mahu.
13. Selamat memiliki satu broadband yang mungkin diperlukan anda terutama bagi anda yang sentiasa bergerak (berjalan atau melancong) tetapi tidak boleh dipisahkan dengan Internet.
14. Oh ya, jangan lupa lunaskan bil anda bila sampai masa, jika tidak perkhidmatan anda digantung dan anda mungkin disenarai-hitamkan untuk menggunakan perkhidmatan ini kelak.

InsyaAllah, moga bermanfaat,
Muhammad Iqbal A Ghani
Bookmark and Share

No comments:

Post a Comment