When Sharing Is Nice, but..
This entry is specially made for my fellow RCSI mates especially my batch mates, or our juniors. This is an academic entry. Further writing will be in Malay language. If you want to read it too, please use Google Translate service http://translate.google.com/). I will be writing in full standard Malay language. Google Translate is a nice service even though there will be some grammatical mistakes. It is handy enough to understand the article roughly.
Alhamdulillah, adalah menjadi satu budaya pelajar Malaysia seangkatan RCSI untuk berkongsi bahan pelajaran ketika musim peperiksaan. Satu kemestian mana terdapat beberapa orang pelajar yang sangat gigih, rajin dan berjiwa untuk berkongsi.
Iya, saya akui juga bahawa ada sahaja mereka yang sekadar gigih dan berusaha untuk diri sendiri dan menyimpan beberapa bahan bantu belajar sendiri tanpa berkongsi. Tidak mengapa, Itu hak mereka.
Kembali kepada perkongsian ini, syukur memang itu adalah satu usaha yang baik. Perkongsian selalunya diletakkan ke dalam Yahoo! Group seangkatan dan diemelkan selalunya dalam musim-musim perperiksaaan.
Bahan-bahan yang dikongsi termasuk nota yang diringkaskan, peta minda, dan sebagainya. Perkongsian ini bagus tetapi, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira.
Tetapi
1) Tetapi perkongsian itu tidak beberapa tersusun.
Kebanyakan nota itu dikongsi melalui 'attachment' emel kadang-kadang terlepas dipandang oleh rakan-rakan lain yang mungkin malas membaca semua emel (juga baginya ada emel yang lebih penting ) dan boleh tertinggal dalam perkongsian tersebut.
2) Perkongsian itu susah dicapai.
Perkongsian nota itu susah dicapai dengan erti kata pelajar lain perlu membuka emel, memilih emel yang mempunyai 'attachment' tersebut barulah dapat mempunyai capaian terhadap nota tersebut. Capaian kedua adalah dalam konteks yang lebih jauh iaitu perkongsian menjangkaui masa. Menjangkaui batch itu sendiri. InsyaAllah, seorang yang berfikiran jauh akan berusaha untuk berkongsi bukan sahaja dengan rakan terdekat, tetapi nota yang bermanfaat itu dengan junior yang akan datang. Mereka seharusnya lebih faham tentang ini bahawa mereka sendiri telah berada di tempat junior sebelum itu.
Dengan ertikata lain, kelangsungan perkongsian itu tidak hanya terikat kepada batch tersebut, tetapi diteruskan kepada generasi adik-adik RCSI yang akan datang.
3)Perkongsian hanya terhad kepada mereka dalam Yahoo! Group(Y!G) tersebut.
Dengan meletakkan had 'attachment' mereka itu hanya ke dalam Yahoo! Group, hanya mereka yang berada di dalam Y!G tersebut mempunyai capaiannya.
Bagaimana mereka yang tertinggal dan terlepas pandang untuk dijemput menyertai Y!G tersebut?
Jangan nafikan perkara ini berlaku kerana saya sendiri baru dijemput ke dalam Y!G batch yang dikawal oleh pihak tertentu selepas beberapa bulan di RCSI dan itu pun terpaksa bertanya dan meminta (baca: merayu dan mengemis) untuk dijemput masuk. Itu adalah realiti yang tidak boleh dinafikan disana. Politik pelajar. Jika anda tidak berada dalam mana-mana aliran utama, pasti ditinggalkan.
Dan saya bukan sekadar bercakap kosong
Tetapi ingin berkongsi dengan masyarakat pelajar RCSI semua satu penyelesaian. InsyaAllah satu solusi kepada 3 perkara di atas. Tiga perkara di atas yang cuba saya oleh seringkas dan semudah mungkin.
Saya ingin memperkenalkan RCSI Buddies: Box of Knowledge(BOK) Portal.
Klik untuk gambar lebih besar |
Anda boleh melawatnya di alamat ini,
Klik untuk gambar lebih besar |
Anda boleh mengabaikan portal itu sekarang, tetapi percayalah trafik portal itu agak sesak terutama pada musim-musim peperiksaan.
Anda boleh mengambil bahagian.
Anda boleh mengambil bahagian untuk berkongsi. Portal ini bebas dan milikan bersama - serta tiada tangan-tangan yang mempunyai kepentingan peribadi sama ada daripada keuntungan politik mahu pun ekonomi.
Anda boleh menjadi sebahagian daripada ahli BOK dengan percuma.
Klik 'Click Here to Join US!' pada laman tersebut |
Selepas mendaftar, anda digalakan untuk melihat beberapa video tutorial untuk menggunakan BOK pada link yang telah disediakan.
Pengurusan
Buat masa sekarang, BOK ini diurus oleh saya. Tetapi saya akan pulang ke Penang Medical College (PMC) kurang daripada 6 bulan lagi. Oleh itu saya telah meminta seorang pelajar RCSI untuk meneruskan pengurusan BOK setelah ketiadaan saya dalam komuniti pelajar Dublin.
InsyaAllah saya akan membantu beliau untuk menyelia dan memberi beberapa bantuan teknikal jika diperlukan.Saya tidak dapat apa-apa, dan satu sen pun daripada perkongsian ini. Cuma, cukuplah saya tinggalkan sesuatu yang lebih baik daripada sekadar cakap kosong dan membuat aduan tanpa menjadi sebahagian daripada penyelesiaan. Cukuplah saya tinggalkan dan kongsi ilmu yang saya ada mengenai ini untuk kepentingan umum, dan bersama.
Sedikit Nota
Moga Allah memberkati usaha kecil yang kita untuk berjaya di bumi Dublin. Persaingan dalam pelajaran itu penting, tetapi adalah lebih baik dan sangat baik jika kita saling membantu sesama warganeraga Malaysia untuk bersaing dengan pelajar daripada negara lain. Persaingan antara sesama kita sendiri sihat. Cuma persaingan yang tidak sihat, serta benci untuk melihat sahabat senegara kita (tidak kira daripada mana bangsa pun) berjaya itu menjadi masalah.
Bersaing perlu pada tempatnya |
Di Dublin hanya sedikit daripada hidup yang akan datang. Sedikit daripada kehidupan sebagai seorang pengamal perubatan. Kelak, kita perlu berlajar untuk berada dalam satu pasukan yang memerlukan kita saling memahami dan membantu tanpa mengambil kira atau bias jika seseorang itu tidak berada dalam jemaah yang sama, berpegangan politik yang sama, berbangsa, dalam pegangan agama atau mempunyai personaliti yang berbeza. Kita perlu professional. Professional dan rasional. Itu tidak dapat belajar melalui mana-mana buku, tetapi itu adalah hasil interaksi kita sehari-hari. Belajarlah daripada sekitar. InsyaAllah.
Kesimpulan
Kewujudan portal BOK adalah untuk memudahkan perkongsian ilmu bersama. Semua orang mempunyai hak yang sama untuk mencapainya dan menjadi ahli tanpa mengira latar belakang politik atau jemaah. Itu adalah satu portal neutral yang bersifat kepada akademik.
Anda boleh menjadi ahli untuk berkongsi nota-nota anda (jika mahu pahala lebih - kerana ilmu yang anda kongsi akan dibaca oleh orang ramai) dan menerima 'updates' jika ada file baru dimuat-naik. Pendaftaran adalah percuma.
Sila ingat, bookmark dan kongsi alamat ini dengan rakan anda dan junior-junior RCSI kelak
InsyaAllah, moga bermanfaat,
Muhammad Iqbal A Ghani
23 September 2010
Kangar, Perlis
No comments:
Post a Comment