Wednesday, 22 September 2010

Saya Kembali Menulis

Assalamualaikum



Kembali Menulis
Agak aneh bila terasa lama tidak menulis. Terasa satu tidak adil untuk ditempatkan kepada pembaca jika ditulis. Betul, saya menjadi agak aneh untuk memilih satu perkara, dan menulisnya dengan konteks target pembaca.

Saya mungkin akan lebih adil dalam penulisan saya selepas ini. Saya cuba. Adil dengan kata menulis, dan merakamkan sesuatu peristiwa atau cerita itu tanpa bias kepada mana-mana pihak, dan condong kepada mana-mana pihak. Tidak perlu kira atas apa persatuan, atau organisasi yang saya sertai, saya akan menjadi seorang penulis yang menulis keadaan dengan seadanya.

Target Pelawat
Saya sengaja tidak meletak pengira pelawat. Sengaja kerana saya menulis bukan untuk terlalu dipertonton Cuma sejenak untuk siapa yang mahu singgah membaca. Siapa yang mahu tanpa perlu diajak dengan paksa. Sekiranya sesuatu yang tertulis itu baik, pasti kebaikan itu menceritakannya sendiri dan pembaca yang membacanya akan kembali. Tidak perlu, bagi saya ajakan yang mengada, atau berlebih-lebihan.



Terima kasih
Segugus terima kasih kepada yang masih sudi melawat dan singgah, memandangkan blog ini sengaja saya tidak pilih topik-topik ringan atau popular seperti cinta, politik mahupun diletakkan jenaka yang terlampau; atau bersifat terlalu tarbawi untuk jiwa yang berdedikasi.

Saya menulis santai, daripada refleksi hidup-hidup seharian untuk kita ambil pelajaran. Santai, tapi sengaja lagi memilih menggunakan bahasa Malaysia(melayu) baku dengan tatabahasa yang betul (terima kasih kepada guru-guru bahasa Malaysia(melayu) saya). Dengan faktor tertulis diatas, itu menjadikan blog saya antara blog paling kurang dilawati. Tidak mengapa. Saya menulis untuk saya dan berkongsi.

Maka, terima kasih untuk sudi singgah dan membaca. Dalam blog yang serta daif ini, siapa tahu anda mendapat sesuatu yang sama daripada perspektif yang berbeza atau sesuatu yang berbeza dalam perspektif yang sama. Sesuatu yang sama itu boleh membawa makna yang berbeza kepada individu berbeza. Oleh itu, mari kita sama-sama belajar. Dunia ini terlalu luas.

InsyaAllah, moga bermanfaat,
Muhammad Iqbal A Ghani

No comments:

Post a Comment